fbpx

Sweet Qismina Sah Bergelar Isteri Adam Lee

Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee yang sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sebentar tadi dalam satu majlis diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.

Memetik mStar Online, pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang kandung Sweet iaitu Fahid Ashraf Supandi disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Datul Ehsan, Ampang.

BACA: Adam Lee, Sweet Qismina Nikah Bulan Depan?

Dalam majlis itu, Adam menyerahkan RM2410.97 sebagai mas kahwin seeta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daipada pengantin perempuan.

Pasangan pengantin dilihat cukup segak dan cantik dalam persalinan serba putih. Malah, Majlis penikahan pasangan itu turut disiarkan secara langsung di laman YouTube.

Sabtu lalu, Adam dan Sweet diraikan dalam majlis berinai bertemakan Jawa. Manakala semalam, turut diadakan majlis doa selamat.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.