fbpx

Sweet Qismina, Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan kepada pelakon Sweet Qismina dan kekasih hatinya, pelakon Adam Lee mengumumkan selamat mengikat tali pertunangan selepas dua tahun bercinta.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sweet dan Adam berkongsikan gambar di hari pertunangan mereka berserta tanda pagar #AdamSweetEngagementDay.

BACA: Sweet Qismina Tak Setuju Sekolah Dibuka

Masing-masing segak dan tampan menyarungkan persalinan busana tradisional berwarna biru muda. Malah, pasangan itu juga turut menunjukkan cincin pertunangan mereka dengan batu berwarna biru.

Memang sama cantik sama padan pasangan ini. Semoga dipermudahkan urusan sepanjang mengikat tali pertunangan. Bagaimanapun pasangan itu tidak memaklumkan lagi bilakah tarikh pernikahan mereka.