fbpx

Susahnya Didik Anak? KUMON Ada Caranya

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah sangat penting untuk membentuk kecemerlangan anak menerusi akademik mahupun kokurikulum.

Namun sebagai seorang anak mahupun pelajar pastinya mempunyai cara yang berbeza-beza untuk mendalami sesuatu subjek dengan mudah.

Kini ibu bapa tidak perlu pening kepala lagi untuk memikirkan bagaimana cara untuk memudahkan anak-anak anda memahami sesuatu subjek yang sukar.

Kami di sini akan kongsikan satu berita yang menarik untuk memudahkan tugasan anda sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Tahukah anda KUMON adalah salah satu proses pembelajaran selepas sesi persekolahan yang terbesar di dunia?

Hampir empat juta pelajar yang mengaplikasikan sistem pembelajaran ini dan kini sistem ini telah pun tersebar ke 50 buah negara.

Bukan itu sahaja tau, sistem pembelajaran secara perseorangan ini ternyata melahirkan generasi bijak pandai menerusi subjek Matematik mahupun Bahasa Inggeris.

Sistem pembelajaran di KUMON ini juga ternyata berbeza daripada sistem pendidikan lain kerana ianya berdasarkan tahap yang bersesuaian dengan pelajar.

Menurut pembimbing KUMON, Mahiran Muftah berkata, kaedah pembelajaran yang diberikan kepada pelajarnya merupakan satu kaedah yang memudahkan pelajar memahami sesuatu subjek dengan cara mereka tersendiri.

“Di sini kami meluangkan masa dengan pelajar untuk memahami kekuatan mereka yang tersendiri kerana, sebagai pembimbing, kami ingin membantu pelajar kami untuk mengembangkan potensi mereka.

“Dari situ sebagai pembimbing KUMON akan lebih cepat mengenali pelajarnya dan setiap pelajar akan mempunyai satu buku rekod untuk melihat peningkatan pembelajaran mereka.

“Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai latihan yang perlu dilakukan di rumah untuk mereka sentiasa mahir dalam sesuatu subjek,” katanya ketika di temu bual.

Menariknya di KUMON, setiap pelajar yang berjaya menguasai bahan bacaan mahupun kiraan yang baru akan diberi penghargaan sebagai tanda mereka menikmati kejayaan mereka.

Bercakap mengenai subjek yang ditawarkan oleh KUMON pastinya mampu membuka mata ibu bapa untuk menghantar anak mereka di pusat pembelajaran KUMON.

Menekankan subjek Matematik dan Bahasa Inggeris ini dapat memberi satu kecemerlangan dalam diri anak anda untuk menguasai kedua-dua subjek dengan mudah.

Menurut Mahiran lagi, sebagai pembimbing KUMON yang sudah berkhidmat selama 21 tahun di pusat KUMON ini memberi kejayaan yang tinggi buat anak didiknya.

“Sebagai pembimbing KUMON yang sudah lama berkhidmat saya akan memberikan taklimat kepada ibu bapa dahulu sebelum mereka berniat untuk memilih subjek apakah untuk anak mereka belajar.

“Selalunya saya akan bertanya sendiri kepada pelajar subjek yang manakah mereka inginkan jika pelajar itu tidak minat mendalami ilmu kiraan kita akan beri subjek Bahasa Inggeris kepada mereka.” tambahnya lagi.

Terbaru KUMON menawarkan Year-End Special di mana anda yang mendaftar boleh menikmati 1.5 bulan tempoh pembelajaran dengan hanya 1 bulan bayaran sahaja.

Menarik lagi, pelajar baru akan mendapat bag KUMON secara PERCUMA tau!

Jadi, apa tunggu lagi? Inilah peluang terbaik untuk anda mendaftar anak anda sebelum tempoh promosi tamat pada 9 November ini!

Maklumat lanjut anda boleh hubungi 1800-88-1010 atau terus ke Facebook KUMON Malaysia.