fbpx

Yang sedang pening kepala di mana untuk dapatkan baju yang awesome dan menawan untuk digayakan di pagi raya tu sudah boleh tarik nafas lega.

Nak tahu kenapa? Sebab kami akan kongsikan dengan ada satu kawasan yang mempunyai barangan keperluan raya anda dari baju, kasut, barangan kosmetik sehinggalah perhiasan rumah.

Dalam satu kawasan sahaja anda sudah boleh dapat kesemua barangan ini. Lokasinya hanya di laluan Bunga Bunga Raya yang terletak di dalam Sunway Putra Mall.

Anda pasti teruja dengan konsep raya yang bertemakan ribuan bunga orkid yang diketengahkan di Sunway Putra Mall. Di mana secara amnya, bunga orkid melambangkan rasa cinta, keindahan serta pengampunan.

Jadi tidak harianlah, seluruh pusat membeli-belah menjadi Taman Orkid yang mekar dan dihiasi bunga yang besar-besar.

Nak-nak lagi dikelilingi air pancut, memang seolah-olah anda membeli dalam suasana taman yang tenang. Jualan Bunga Bunga Raya yang sedang berlangsung ini akan berakhir pada 16 Jun ini. Jadi, masih sempat lagi la nak shopping untuk Raya!

Dalam satu mall yang besar tu, macam-macam anda boleh dapat bila anda terjah sahaja tempat yang penuh dengan bunga orkid dan pelbagai jenis bunga. Macam shopping dalam taman lah, boleh dikatakan!

Bagi anda yang ingin mencari baju raya yang menawan dan cantik. Anda boleh sahaja terjah di aras bawah Sunway Putra Mall yang menempatkan fesyen rekaan Tom Abang Saufi, Variante, Salikin Sidek, Petra, dan busana raya keluaran Emel dan Natasha Ameer.

Confirm menawan bila anda gayakan rekaan yang meletop ini. Nak-nak lagi setiap daripada mereka mengeluarkan pelbagai jenis design yang mengikut citarasa dan trend 2019.

Tak puas dengan busana rekaan pereka ternama ini anda juga boleh ke Aidilfitri Market di bahagian East Wing, aras bawah untuk melihat sendiri aksesori dan pakaian raya yang dieluarkan oleh Rumah Kebaya Bangsar, Abas dan Sal Batik dan banyak lagi yang menampilkan rekaan klasik moden.

Tak lengkap rasanya Hari Raya anda tanpa perhiasan rumah yang akan membangkitkan lagi seri rumah anda.

Apakata kali ini anda deco sedikit rumah anda dengan pelbagai jenis bunga oleh Petals2U di Pasar Bunga yang terletak di aras bawah mall ini. Pastu, confirm rumah anda berseri-seri dengan warna-warna bunga yang segar.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh cari barangan hiasan dan kesenian yang terdapat di Bazar Kraftangan (East Wing Tingkat Dua). Di bazar tersebut juga anda boleh dapatkan barangan cederahati dan koleksi batik buatan tangan yang sangat teliti dengan rekaan coraknya. Siapa tak suka batik kan!

Bolehlah anda hadiahkan kepada rakan-rakan lama yang berkunjung di rumah anda raya nanti.

Bercakap soal persiapan Hari Raya, selain baju dan barangan rumah kaum wanita pasti tak terlepas dengan barangan kosmetik mereka.

Yalah mana taknya setiap tahun kan ada cara makeup yang tersendiri untuk tampil lebih menawan di hari lembaran, OOTD gitu!

Kali ini anda tak perlu susah susah tonton di Google untuk lihat konsep mekeup seperti mana pula yang akan diguna pakai bagi tahun 2019.

Anda datang Beauty Corner yang terletak di West Wing, aras bawah untuk shopping for your makeup dan dapatkan produk kosmetik tempatan seperti Syed Dewa, dan product kosmetik NR di tingkat tersebut. Jangan lupa, hari minggu boleh join makeup artist seperti Najeeb dan SASA until Makeover Workshop tau!

Time ni, mereka akan mengajar anda langkah demi langkah untuk tampil lebih glam Raya ini.

Penat pusing Sunway Putra Mall sambil menikmati pelbagai barangan yang ada di Bunga Bunga Raya pasti anda akan rehat seketika untuk berbuka bukan?

Kali ini di Sunway Putra Mall anda boleh menikmati pelbagai juadah berbuka dengan harga promosi. Kebanyakan promosi Let’s Eat and Jom Iftar di Selera Street yang terletak di tingkat 4.

Di sana, anda akan ditawarkan dengan pelbagai set lunch serendah harga RM10 bermula jam 12pm sehinggalah 3 petang.

Tapi bagi anda yang berbuka puasa jangan risau harga promosi akan menanti anda bermula jam 7 malam sehinggalah 10 malam.

Kali tu anda terjah sahaja mana-mana kedai seperti Kaw Kaw Burger, Simply Chicken, Subway dan banyak lagi lah hidangan berbuka yang menanti anda dengan harga yang berbaloi.

Menarik bukan, di Sunway Putra Mall ini macam-macam ada yang akan mengisi masa lapang anda dengan dengan pelbagai aktiviti menarik setiap hujung minggu dan cuti umum.

Antara aktiviti yang boleh buat anda tenang dan bahagia adalah Kelas Penyusunan Bunga dan pelbagai teknik-tenik penyusunan bunga yang lebih kreatif akan didedahkan kepada anda.

Menarik lagi, pertunjukkan fesyen daripada pereka fesyen terkenal juga turut diadakan bagi menggayakan koleksi pakaian raya tradisional.

Sambil-sambil anda melihat pamaren fesyen itu bolehlah bagi ruang untuk anda santai-santai di Bengkel Kesenian & Kraftangan untuk asah bakat anak anda.

Antaranya mereka boleh melakukan aktiviti pembuatan perhiasan, aktiviti lukis corak batik dan anyaman rotan. Aktiviti seperti ini dapat memberi pendedahan kepada anak-anak anda mengenaik kehalusan seni kraftangan.

Sambil-sambil anak anda melakukan aktiviti tu jangan lupa untuk snap gambar mereka untuk dijadikan kenang-kenangan.

Kawasan photobooth percuma turut disediakan dan anda boleh tangkap sebanyak mana gambar yang anda mahu.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menebus mata untuk dapatkan set Paket Raya apabila anda berbelanja sebanyak RM250 (RM150 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC dan Ahli Sunway PALS) dalam dua (2) resit atau set bekas hidangan kuih raya mahupun pokok Orkid dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400 (RM300 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli Sunway PALS) dalam tiga (3) resit.

Anda juga boleh kongsikan cerita raya anda di Bunga Bunga Raya Sunway Putra Mall dengan memuat naik gambar anda di laman Instagram @SunwayPutraMall berserta hastag #BungaBungaRaya.

Alang-alang dah scroll sampai bawah, jangan lupa check out video Raya ni!


Maklumat lanjut layari laman rasmi Sunway Putra Mall, Instagram dan Facebook Sunway Putra Mall Bunga Bunga Raya.