fbpx

Susah Nak Dapat Roti, Noorkhiriah Catu Sehari Sekeping

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial dimana rata-rata netizen mengeluh sukar untuk mendapatkan stok roti di pasaraya. Nampaknya perkata itu turut dihadapi oleh pelakon Noorkhiriah yang kini mula mencatu makanan.

Menerusi Instagram, Noorkhiriah turut memuat naik gambar sebuku roti yang diletakkan sebaris trofi anugerah yang pernah dimenanginya. Melihat keadaan sekarang yang susah untuk dapatkan roti Noorkhiriah mengatakan hanya sekeping roti boleh dimakan sehari.

BACA: Sertai Majlis Agama, Netizen Bengang Noorkhiriah Kata “Allah Ada”

 

Meskipun perkongsiannya itu hanya gurauan semata-mata, namun rata-rata netizen turut bersetuju bahawa sememangnya sukar untuk mendapatkan roti sekarang. Malah ada netizen mengatakan apabila dapat stok roti seolah seperti dapat emas.

Dasyat betul penangan roti sampai kena catu makan sehari sekeping sahaja. Apa pun diharap mereka diluar sana kalau beli roti berpada-pada dan ingat orang lain sama. Beli sampai berbuku-buku roti tapi tarikh luput tetap sama sahaja.