fbpx

Zaman sekarang ni ramai yang gemar mengambil gambar secara unik dan rare. Nak-nak lagi gambar OOTD, memang cantik lah, siap proses editing lagi.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Kalau anda tak percaya, apakata anda terjah laman instafamous kegemaran anda, pasti gambar mereka lebih on point dan dapat ribuan like.

Tapi tahukah anda, rata-rata diantara mereka kebanyakannya menggunakan kamera DSLR untuk mengambil gambar yang on point dan lebih fokus kepada objek.

Anda pun boleh dapatkan gambar yang lebih on point, lebih cantik dan dapat lebih ribuan like tetapi bukan dengan DSLR tahu.

Kami akan kongsikan dengan anda cara yang lebih mudah dengan hanya menggunakan telefon pintar Huawei P30 Series sahaja dah boleh dapat gambar yang meletop.

Lepas ini tak perlu susah payah lagi bawa kamera yang besar gedabak itu kesana sini!

Anda hanya perlu aktifkan mod PRO yang terdapat dalam setting kamera telefon pintar Huawei P30 Series ini.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu masuk ke bahagian kamera dan kemudian cari mod yang tertulis perkataan ‘PRO’. Dari mod itu, anda akan lihat beberapa nombor yang tertera seperti bukaan lensa dan ISO.

Jadi pilih sahaja nombor bukaan lensa yang mana satu sesuai dengan gambar anda. Fungsi ini sama seperti kamera DSLR tahu!

Bila anda setting sahaja mod Pro, di bahagian atas mod tersebut anda akan lihat fungsi seperti ISO, S,EV dan AF.

Setiap daripada daripada fungsi tersebut ada ciri-cirinya yang tersendiri. Misalnya fungsi ISO lebih tertumpu kepada sensitiviti yang dimiliki oleh kamera untuk mengambil gambar anda dalam keadaan bercahaya.

Sebagai dasar fungsi ISO pada fotografi, semakin besar nilai pada setting ISO kamera, semakin sensitif dan besar cahaya yang akan dapat.

Berbeza pula dengan fungsi S atau lebih dikenali sebagai Shutter Speed yang memainkan peranan penting dalam kiraan atau kelajuan sensor kamera.

Fungsi ini digunapakai untuk objek yang bergerak seperti gambar lompatan, kelajuan kereta, pergerakan awan dan apa sahaja gambar yang bergerak.

Jadi kalau anda inginkan gambar lompatan OOTD anda lebih on point jangan lupa gunakan setting di bahagian S. Barulah gambar gempak!

Fungsi EV (Exposure) pula lebih tertumpu kepada pendedahan cahaya. Sekiranya anda dibawah sinaran lampu yang banyak maka gambar anda akan jadi terlalu terang.

Oleh itu, anda harus main peranan di bahagian EV (Exposure) untuk setting kembali keadaan cahaya di dalam gambar.

Seterusnya adalah fungsi AF (Auto Focus) yang memainkan peranan untuk gambar anda lebih jelas dan cantik. Jika anda malas untuk setting di bahagian mod lain, guna sahaja AF terus gambar kelihatan meletops.

Tapi jika mahukan gambar mengikut citarasa anda gunakan sahaja mod manual focus

Fungsi AWB (Auto White Balance) yang terdapat dalam Huawei P30 Series ini pula berperanan menentukan keseimbangan warna pada gambar yang akan dihasilkan.

Anda akan melihat pelbagai simbol cuaca untuk tujuan yang berbeza. Apabila anda klik pada simbol yang anda inginkan, pencahayaan akan diselaraskan secara automatik.


Tetapi jika anda nak senang untuk tangkap gambar lebih sharp dan cantik, gunakan tips ISO dan Shutter Speed yang kami kongsikan ini seperti gambar di atas.

Alang-alang kami dah kongsikan tips dan cara untuk anda setting kamera mod PRO Huawei P30 Series ini, nah kami belanja anda pula beberapa keping gambar yang diambil menggunakan telefon ini oleh jurugambar profesional.

Foto: Abeden Mung
ISO 50 | Shutter Speed 1/3236 sec | f/1.6 | 6 mm

Foto: Amsyar Naaif
ISO 640 | Shutter Speed 6 sec | f/1.6 | 6 mm

Foto: Sanjitpaal Singh
ISO 500 | Shutter Speed 1/25 sec | f/2.2 | 2 mm

Foto: Zarnizar
ISO 64 | Shutter Speed 1/120 sec | f/3.4 | 14 mm

Macam mana cun kan gambar-gambar dari Huawei P30 Series ini? Jadi jangan buang masa lagi bawa DSLR anda tu, beli sahaja telefon pintar ini yang mudah dibawa kemana sahaja.

Nak-nak lagi jika anda beli secara online ada hadiah istimewa buat anda sempena Ramadan ini.

Anda bakal berpeluang memiliki Wireless Charging Case dan juga HUAWEI Wireless Charger.

Tetapi jika anda beli Huawei P30 Pro pun anda akan dilengkapi dengan HUAWEI Talkband B5 bernilai RM599.

Menarik bukan? Beli phone dapat hadiah. Lebih menarik jika dapat cabutan bertuah. Pembelian melebihi RM1,500, layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan pulang ke Tokyo, Jepun!

Harga bagi keduu-dua telefon pintar ini adalah RM2699 bagi Huawei P30 dan Huawei P30 Pro pula dijual pada harga RM3799. Raya dah nak dekat, nak gambar meletop jangan lupa miliki telefon pintar keluaran Huawei ini!

Maklumat lanjut layari laman rasmi Huawei.