fbpx

Siapa yang tak kenal dengan jenama stesen radio Suria FM yang sentiasa memainkan lagu-lagu terbaru dan lagu cinta yang menjadi ikutan ramai hasil putaran lagu dari DJ Lin.

Terbaru radio Suria FM, kembali dengan program Suria Duo X yang bakal menemui pendengar menerusi platform digital bermula pada 11 September ini.

Program terbaru Suria Duo X ini, adalah satu program digital yang menggabungkan penyanyi lama dan penyanyi baru seperti Aina Abdul, Siti Sarah, Ezad Lazim, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Syamel di atas satu pentas.

Penyanyi pujaan ramai ini akan menyanyikan lagu popular pasangan masing-masing dan lagu duet yang diubah gubahan muziknya.

Memang hit habis jika anda dapat lihat gabungan duo ini bernyanyi. Masing-masing diantara mereka mempunyai suara yang mampu memikat hati para pendengar. Program ini boleh ditonton secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

Anda juga boleh menyaksikan persembahan artis kegemaran anda setiap minggu dan rebut peluang memenangi sebahagian wang tunai berjumlah RM10,000 serta peluang menyanyi bersama kumpulan pilihan anda di pentas Finale Suria Duo X pada 9 Oktober ini.

Peluang terbuka kepada orang ramai dengan hanya merakam ‘cover’ lagu duet kumpulan pilihan dan muat naik di Instagram masing-masing berserta tag @suriamalaysia dan #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan. Nama kumpulan nanti akan dipaparkan ketika anda membuat persembahan.

Bagi anda yang ingin menyertai kumpulan Suria Duo X ini boleh mendapatkan lagu duet Suria Duo X selepas persembahan setiap minggu di laman www.suria.my/suriaduox/

Saksikan episod pertama Suria Duo X pada 11 September ini jam 9.00 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV dengan gandingan artis yang pertama, Syamel dan Siti Sarah.