fbpx

Sumber Istana Nafi Tengku Leon Zuriat Sultan Kelantan

Hampir lima bulan berahsia, bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana mengotakan janjinya dengan memuat naik beberapa foto wajah anak sulungnya di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji kecomelan Tengku Ismail Leon Petra. Malah, Rihana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.

BACA: Rihana Oksana Akhirnya Dedah Wajah Tengku Leon

Bagaimanapun, memetik laporan daripada Daily Mail UK, sumber mendakwa daripada Istana Kelantan memberitahu akhbar tersebut menafikan bahawa wajah Tengku Leon seiras dengan Sultan Muhammad V.

Sumber itu juga memberitahu iras wajah sahaja tidak membuktikan siapakah bapa kandung bayi tersebut. Kata sumber lagi, anak itu mungkin zuriat dari mana-mana lelaki Asia lain.

Sumber juga mendakwa, Rihana menggunakan nama Petra di hujung namanya untuk meraih perhatian memandangkan dia merupakan seorang selebriti.

Dalam pada itu, sumber yang didakwa dari Istana itu juga memberitahu Baginda merasakan perkahwian dengan Rihana adalah satu kesilapan besar. Malah, sumber mengatakan dakwaan baginda menangis terharu mendengar perkhabaran kehamilan adalah cerita karut.

Bulan lalu Rihana turut memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia untuk menentukan siapakah ayah kepada anaknya. Terdahulu, Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.