fbpx

Susulan komen ditinggalkan pada posting Instagram aktor Thailand, Gulf Kanawut yang pernah melakonkan drama hubungan sejenis, penyanyi Hael Husaini terus mengunci mulut mengenai perkara itu.

Memetik BH Online, Hael juga enggan mengulas dakwaan dia menggunakan teknologi moden demi untuk mendapatkan wajah dan kulit putih melepak seperti ‘oppa’,

BACA: Jadi Artis Jemputan Konsert Rossa, Hael Husaini Tak Dapat Tepukan & Tak Dipedulikan

Menurut Hael, dia mengakui tidak pandai berfesyen dan penampilannya ditentukan oleh penata gaya. Jelasnya lagi, dia tidak obses dengan kecantikan sebaliknya sebagai selebriti perlu menjaga penampilan.

“Jujurnya, saya memang tidak pandai berfesyen atau melaram. Imej dan penampilan saya semuanya ditetapkan penata gaya. Jadi, lebih baik saya serahkan pada pakar.

“Dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuk saya bekerjasama dengan jenama antarabangsa semakin terbuka luas,” katanya.

Timbul dakwaan penyanyi itu cuba mengelak daripada ditemu bual media berikutan tidak menjawab panggilan dan membalas mesej, Hael menepis dakwaan tersebut.

“Rakan wartawan masih kawan saya. Alasan kenapa sukar dihubungi kerana saya sudah empat tahun tidak mempunyai telefon bimbit.

“Saya juga jarang menggunakan media sosial. Segala kemas kini dalam media sosial diuruskan syarikat pengurusan. Jadi, sebarang urusan temubual juga diuruskan mereka. Saya selesa cara ini kerana mereka hanya memaklumkan perkara penting yang membabitkan soal kerja.

“Segala komen negatif juga akan tapis. Bukanlah nak kata saya kalis kecaman, tetapi saya seorang yang cepat runsing. Jadi, lebih baik saya tidak membaca atau mengambil tahu komen negatif,” katanya.