fbpx

Umum mengetahui, baru-baru ini penyanyi terkenal Indonesia Datuk Seri Rossa mengadakan ‘Konsert Rossa 25 Shinning Years’ yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC.

Rossa telah mendendangkan sebanyak 27 lagu dan mengundang penyanyi dari Malaysia, Hael Husaini sebagai artis jemputan.

BACA: Hael Husaini Jadi Bualan, Tinggalkan Komen Di IG Pelakon Thailand

Memetik laporan Diva dari Kosmo, bagaimanapun persembahan Hael tidak mendapat sambutan daripada penonton yang menghadiri konsert tersebut.

Menurut Diva, apabila Hael muncul di atas pentas, suasana konsert yang mulanya gamat dan meriah tiba-tiba bertukar suram dan langsung tak ada orang tepuk tangan.

Malah, ramai yang seolah tidak suka dengan penampilan Hael dalam konsert tersebut sehingga ada penonton ‘buat muka’ seperti tidak senang melihat penyanyi itu.

“Kalau ada pun, mungkin seorang dua sahaja yang bertepuk tangan ketika Hael menyanyi,” seperti dipetik daripada Kosmo.

Katanya lagi, keadaan berbeza apabila penyanyi Judika membuat persembahan dimana penonton menjerit-jerit memanggil nama penyanyi itu sehinggakan dewan seperti mahu runtuh dengan laungan penonton.

Bagaimanapun, Diva berkata mungkin penonton yang hadir pada konsert tersebut bukanlah terdiri daripada peminat Hael Husaini.