Sukan Pekak Asia-Pasifik: Malaysia Buktikan OKU Pun Boleh Bersinar!

Rasanya, ramai yang tak tahu bahawa Sukan Pekak Asia-Pasifik bukan sahaja tentang sukan semata-mata, tetapi ia adalah satu simbol keazaman dan semangat yang tinggi, terutamanya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Tahun lalu, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 Sukan Pekak Asia-Pasifik 2024 dan ini adalah memang satu pencapaian yang sangat membanggakan!

Lebih daripada 1,000 atlet dan pegawai dari 21 negara Asia-Pasifik menyertai kejohanan ini, dengan 9 acara sukan yang dipertandingkan. Apa yang menarik, semua ini menunjukkan komitmen Kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dalam menyediakan lebih banyak peluang bagi OKU untuk mengharungi dunia sukan.

Tahniah tak terhingga kepada Persatuan Sukan Pekak Malaysia (MSDeaf) di bawah pimpinan Dr. Ong Shin Ruenn, serta semua ahli exco MSDeaf, atas usaha keras yang telah dilakukan.

Tidak hanya itu, yang lebih menggalakkan adalah pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2025, dimana peruntukkan sebanyak RM3 juta untuk MSDeaf. Ini adalah kali pertama dana sebesar itu diberikan dan ia memberi impak besar dalam persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Deaflympics 2025 di Tokyo, Jepun.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bantuan ini adalah bukti nyata sokongan kerajaan kepada pembangunan sukan bagi golongan OKU.

Dana RM3 juta ini akan digunakan untuk memperkukuhkan program latihan pusat, memperluaskan penyertaan atlet dalam kejohanan antarabangsa, dan meningkatkan kemudahan sukan yang ada.

Yang paling penting, dana ini bertujuan memberi platform terbaik bagi atlet OKU untuk mempamerkan potensi mereka di peringkat dunia. Dengan sokongan ini, lebih ramai ibu bapa akan berani mendaftarkan anak-anak mereka yang OKU untuk terlibat dalam dunia sukan.

Tak lupa, penganjuran Sukan Pekak Asia-Pasifik di Kuala Lumpur juga adalah satu pencapaian besar buat negara. Kejohanan tersebut bukan sahaja memberi manfaat dari segi ekonomi, tetapi ia juga membantu memperkukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi sukan antarabangsa.

Sungguh, ini bukan sekadar acara sukan, tetapi satu langkah besar dalam memperjuangkan hak OKU untuk turut serta dalam bidang yang mereka cintai.

Bagi para atlet yang berjaya meraih kejayaan, seperti pingat emas dalam sukan catur, ia membuktikan bahawa atlet Malaysia tidak kurang hebatnya di pentas antarabangsa. Jadi, tahniah kepada semua yang terlibat – anda semua adalah inspirasi buat kita semua!