Sejak berita gembira kehamilan baru-baru ini, Adira AF akui dirinya mengalami alahan yang sangat teruk disaat usia kehamilannya kini berusia 10 minggu. Kongsinya lagi, berat badannya juga mula turun mendadak dalam masa seminggu hamil kerana asyik muntah selepas makan, selain kurang gemar bau suaminya yang berkemungkinan daripada pembawaan budak.
BACA: Suami Adira AF Mahu Isteri Pertama Hamil Juga
“Selama ini saya tidakk suka makan kari tetapi sejak mengandung ini, saya hantu kari. Setiap hari mesti saya rasa nak makan kari. Kalau tak dapat makan kari pun, lalu kedai mamak pun saya sudah okey. Selain itu juga, sejak mengandung saya suka tengok muka orang yang mempunyai darah campuran dan juga melihat pelakon Hindustan menari”
“Saya sudah susut tiga kilogram daripada 43 menjadi 40 kilogram dalam masa seminggu hamil. Mana tidaknya, tiap kali makan saya pasti akan muntah semula,” katanya kepada portal My Artis bercerita mengenai pengalamannya yang mengalami alahan teruk ketika sedang mengandung dan sudah memasuki usia kehamilan berusia 10 minggu.
Sementara itu, Adira memberitahu bahawa dirinya tidak kisah mengenai soal jantina bayi pertama beliau bersama suami, Dato Red kerana apa yang lebih penting bagi dirinya keadaan bayi tersebut dapat dilahirkan dengan sihat. Namun apa yang lebih menarik lagi adalah, bayinya itu dijangka dilahirkan sama tarikh dengan kelahiran suaminya iaitu 22 Mac.
Ketika ditanya mengenai perkembangan hubungan diantara beliau dan suami selepas kontroversi video mesra diantara Dato Red dan Ruhainies terjadi, Adira memberitahu sejujurnya beliau tidak kisah jika suaminya mahu berkahwin lagi, asalkan tanggungjawab beliau sebagai seorang suami dapat dijalankan dengan baik dan mampu berlaku adil. (rkty/w)