fbpx

Stress gak kalau tiap kali nak ambil gambar, gambar jadi blur, tak cantik lah. Kalau rakam video pulak, bergetar! Eh dah macam apa lagi kan? Haish macam-macam! Kenapa anda nak stress-stress sedangkan Samsung dah keluarkan telefon bimbit Galaxy Note20 yang dapat melengkapkan lifestyle anda!

Kami tak cakap kosong, Galaxy Note20 ini memang sangat padu dan anda juga dapat dapat menyunting secara terus menggunakan telefon bimbit anda hanya menggunakan S Pen.

Bukan itu jer, malah, ada beberapa jenis Air Gesture yang baru boleh anda gunakan untuk kawal telefon seperti melancarkan halaman Recent App, balik ke Home, dan sebagainya. Menarik kan?

Eh, kejap! Anda tahu tak Air Gesture ni macam mana? Meh sini kami nak habaq!Gesture adalah salah satu istilah yang dipakai pada Android yang bermaksud gerakan. Ini bermakna gerakan jari pada layar untuk melakukan sesuatu. Macam magik pulak kan, tapi ni bukan magik tau. Anda kena ‘hidup’kan mod Air Gesture ni then barulah ia berfungsi.

Caranya mudah jer. Cukup untuk anda melambaikan tangan untuk melakukan navigasi tertentu. Jadi tidak perlu menyentuh layar, cukup melambai saja. Contohnya hanya melambaikan tangan anda pada telefon pintar Galaxy Note20 untuk menerima panggilan, mengubah muzik, atau menelusuri web dan foto anda. Haa..gituh! Awesome kan?

S Pen Menyokong Kawalan Air Gesture

Air Gesture membolehkan anda menjalankan ciri tanpa menyentuh skrin telefon anda pun. S Pen yang dilengkapi sensor accelerometer dan giroskop menjadi alat kawalan jauh. Mod dan fungsi kamera pun boleh dikawal dengan aksi Air Gesture.

Anda boleh menggerakkan S Pen atas ke bawah di udara membolehkan kamera utama diubah ke kamera swafoto. Tekan jer butang S Pen untuk masa yang lama memberikan arahan kamera mengambil gambar tanpa henti. Aksi zum dan mengubah mod-mod kamera juga boleh dilakukan dengan kawalan air gesture ini.

Galaxy Note20 adalah telefon pintar yang sesuai untuk dimiliki sekarang ketika kita sedang mengalami norma baharu kerana ia berfungsi sebagai anda gunakan semasa bekerja dan bermain dari rumah. Oleh itu anda memerlukan telefon pintar ini melengkapi kehidupan anda.

Rakam Video Like a Pro!

Gais, sekarang ni kan memang trend orang buat vlog dan upload dalam YouTube. Barulah ramai followers kan? Untuk Galaxy Note20 ni, anda memang boleh tarik nafas lega dan berpuas hati dengan hasil yang anda akan dapat nanti. Nak tahu sebabnya? Usha kat bawah!

Pro-grade Video

1. Rakam vlog seperti filem

Malas nak cakaplah, jika anda rakam video menggunakan Galaxy Note20 ini, setiap perincian menonjol dalam video 8K ini. Bukan itu jer, gerakan kabur semulajadi 24fps menunjukkan lagi keindahan sinematik pada video anda nanti.

Buat anda yang ada content menarik yang ‘bersarang’ dalam telefon pintar anda tu, sudah-sudahla simpan video tu. Apa kata anda share kepada orang di luar sana. Eh kata nak jadi Youtuber, Instafamous, haruslah confident dan berani tunjukkan bakat anda kat orang luar sana!

Don’t worry, dengan Galaxy Note20 akan membantu anda untuk readykan video yang berkualiti!

2. Video Lebih Lancar Dengan Paparan 120Hz

Guess what, dengan paparan 120Hz ni, pemutaran dan penyuntingan video anda akan jadi lebih lancar untuk kepuasan yang lebih tinggi!

Anda boleh rasa sendiri betapa smooth-nya di hujung jari anda dengan Galaxy Note20 bila Paparan Infinitinya yang besar dan cantik.

3. Rakaman Video Lebih Dinamik Dengan Kawalan Kelajuan Zoom

Fuh! Anda juga dapat mengawal kelajuan zoom semasa membuat rakaman. Kelajuan yang berbeza bila anda dapat tambah kesan dinamik kepada view telefon anda tu nanti.

Sekiranya anda nak merakam filem aksi pendek dengan kesan super-cool zoom tetapi tak ada bajet untuk beli peralatan kamera yang mahal, jangan risau. Percayalah pada Note20 anda ni, sememangnya kebaboom video anda nanti!

Ini baru bab video, haaa…anda tengok pulak kamera daripada Galaxy Note20 ni. Bukan biasa-biasa hasilnya!

AI Single Take

Anda nak tahu tak dengan AI Single Take ni, dengan sekali tap jer, terus momen itu tertangkap menggunakan AI ini. Anda boleh rakam momen bermakna anda dalam pelbagai sudut dan gaya, dan masa rakaman boleh dipanjangkan sehingga 15 saat.

Kadang-kadang, kita berharap kita dapat mengambil video sepanjang masa kerana hanya satu gambar yang tidak merangkumi semuanya kan tapi dengan AI Single Take ni akan menangkap keseluruhan dalam pelbagai gaya dan sudut yang paling sesuai dengan keperluan anda!

Dynamic AMOLED 2X (Galaxy Note20 Ultra sahaja)

Pernah tak mengalami situasi ketika tengah-tengah matahari terpacak atas kepala, time tu jugaklah anda terima mesej penting. Masa tu jugakla bila nak bukak baca tak nampak apa satu pun teks yang ditaip tu. Argh! Sakit hati kan?

Dengan Galaxy Note20 Ultra, dah tak perlu nak hadap masalah tu lagi sebabnya ia mempunyai kecerahan luar yang baik dan tertinggi sehingga 25%. Jadi teks mesej akan nampak lebih jelas, gambar pun akan jadi sangat tajam dan terang walaupun di bawah sinaran matahari!

Best kan functionnya. Lepas ni dah tak payah cuak dan terlari-lari nak cari tempat teduh untuk baca teks mesej ataupun nak tengok gambar yang anda dapat tu. Guna Galaxy Note20 Ultra jer.

Cepat-Cepat Dapatkan Galaxy Note20!

Memang rugi sangatlah kalau anda tak dapatkan Galaxy Note20 ni. Banyak function menarik yang dapat melengkapi lifestyle anda.

Anda nak tahu tak part yang paling ohsem sekali? Yangni memang khas untuk kaki ‘OOTD’. Gambar yang anda ambil nanti akan jadi sangat cantik bila gunakan Galaxy Note20 ni. Anda jugak tak payah guna sebarang filter atau edit pun.

Kamera dia walaweh! Helok! Inilah telefon pintar yang patut anda ada! Nak edit video pun tak payah susah-susah dah sebab dah ada Galaxy Note20 yang pro!

Hah! Jatuh cinta tak? Kalau dah suka, jangan tunggu lama-lama…Anda usha link kat bawah ni untuk dapatkan info lanjut okay!

Website: www.samsung.com
Facebook: SamsungMalaysia
Instagram : @samsungmalaysia
Youtube: Samsung Malaysia
Twitter: Samsungmalaysia