fbpx

Suhaimi Sulaiman Tegur Etika Wartawan HLIVE!

Nampaknya bukan sahaja peserta Dewi Remaja turut mendapat perhatian malah pengacara di dalam video sesi temubual tersebut, Elly Ariffin turut menarik perhatian ramai yang beranggapan ada yang tidak kena dengan cara beliau.

BACA: Mawar Rashid Mohon Maaf Kurang Peka Isu Semasa

Suhaimi Sulaiman Tegur Wartawan HLIVE!_in text

Ini termasuklah bekas wartawan dan pengcara hebat tanah air, Suhaimi Sulaiman yang turut memberikan pandangan peribadi beliau berhubung dengan etika kewartawanan wartawan tersebut.

Dalam kenyataannya yang dikongsikan bersama di Facebook, Suhaimi mengatakan bahawa pengacara tersebut boleh sahaja menyatakan soalan sukar namun sepatutnya tidak menampilkan lagak angkuh ketika bertanyakan soalan tersebut.

“Boleh bertanya soalan yang susah, berat dan kompleks tetapi usah sesekali berlagak angkuh dengan “attitude” mengundang kontroversi (yang mungkin disengajakan demi format? entah…) kerana penonton akan bersimpati dengan responden yang dilihat teraniaya dan ini senjata yg memakan tuan (read: host)”

“Jika ia format program, saya sedih kerana etika kewartawanan diperlekehkan. Sebenarnya ada banyak cara untuk menilai daya pemikiran, respon, personaliti dan kehebatan peserta yang boleh membantu ratings (read: inform, educate & entertain) yang tidak bertentangan dengan adab orang timur,” jelasnya lagi di Facebook.

Status Suhaimi itu juga mendapat reaksi yang rata-rata menyokong tegurannya itu selain beliau sendiri menyatakan rasa sedih jika format sebegitu dibenarkan kerana ia memberikan imej buruk kepada dunia kewartawanan itu sendiri. (rtky/s)