Suhaimi Saad Syukur Bebas Keluar Masuk Kedai Walau Tak Vaksin
Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu sering mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin.
Bagaimanapun baru-baru ini, nama Suhaimi menjadi perhatian apabila berkongsikan kisahnya yang bebas kemana-mana meskipun tanpa divaksin.
BACA: Anak-Anak Demam, Suhaimi Saad Sembuhkan Beri Segelas Air Dibacakan Al-Fatihah
Menerusi, satu perkongsian di laman Twitter seorang netizen berkongsikan satu perbualan antara Suhaimi dan pengikutnya di laman TikTok dimana pengikutnya itu bertanyakan sama ada dia dan isteri sudah mengambil vaksin.
Suhaimi membalas pertanyaan tersebut mengatakan dia dan keluarganya bebas ke mana-mana kedai meskipun tidak divaksin, malah tiada pula yang meminta untuk menunjukkan kad vaksinasi.
“Setakat ini kami pergi mana-mana kedai tak ada pula yang minta kad vaksinasi, hanya scan MySejahtera sahaja, Alhamdulilah, Allah permudahkan,” kata Suhaimi.
Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter menggesa semua peniaga dan pemilik premis supaya melakukan pemeriksaan lebih ketat kepada pelanggan mereka.
Malah, ada netizen berkongsikan ada kedai makan yang tidak memeriksa vaksinasi serta seolah tidak peduli pelanggan keluar masuk sama ada sudah lengkap vaksin atau tidak.
“Harap harap semua kedai tolong la check dulu sebelum bagi customer masuk. Tak pasal pasal anti vaksin terlepas masuk kedai,” ciap @ketengahketepi.
“Aku gi kedai makan ‘dine in’, dorang tak minta sijil vaksin pon weh. Aku pun pelik gak, tapi tu la realiti,” kata @homeyn18.
“Kedai mamak area Kota Damansara, Subang Bestari, kedai roti Jalan Kerinchi semua tak periksa. Orang scan tak scan @my_sejahtera pun tak ada sapa peduli, keluar masuk saja. Kalau yang masuk tu ‘fully vaccinated’ takpa la, kalau tak,” kata @Lan_Aziz.
- SUMBER
- Kosmo!
Nyampah la nk komen kisah dia ni….
Next?
so den nak kono bek apo ni?
Kedai runcit mmg la boleh masuk ..dh knp engko?
Kenapalah netizen ni nak paksa kedai buat pemeriksaan dengan ketat? Kedai dorang suka hati dorang la… waduh waduh… Kalau tak rasa selamat, jangan la pergi kedai tu..pergilah kedai yang ketat..
mereng
Biasala org yg da tk popular mmg mcm ni..saje je suka buat benda tk masuk akal dijadikan cite.attention seeker mmg mcm nila perangai drg..
Kalo ditenung tenung gambar SS diatas… Bahaya woo… Boleh jatuh cinta.. Aduuhhh silap tenong
Semua kedai Yang Aku pegi kecuali kedai Yang Jual barang makanan.. semua nak cek mysejahtera.. masa Aku half vaccinated Pon diorang tak bagi masuk.. Aku Rasa sohaimi ni masuk kedai Jual makanan je.. kedai makan Yang Aku p semua cek full vaksin atau tak..
Kenapa nampak macam kambing gerun ya … Gigi pun mcm kambing ?
Standard SS masuk kedai ACEH je, memang la tak payah vaksin pun boleh keluar masuk.
Ape lagi la kes ko ni bang.. setakat masuk kedai runcit je ko dh bangga.. Cer la masuk Speedmart plk, dorang siap bg card lagi lps scan.
Yang xleh masuk dine in je bang mi ooii..Nasihaku, pd korang yg dh check in kedai ke memana tlg checkout ya sejurus keluar..
Sbb byk kes lupe keluar, sekali yg positif masuk lps tu xpasal je jadi Contact Casual.
Tapi persoalan di sini..apsal muka bang mi mcm Pedo mencari mangsa???