fbpx

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu sering mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin.

Baru-baru ini, Suhaimi ada memuat naik perkongsian dirinya mengalami demam. Malah, anak-anaknya juga turut mengalami demam sepertinya.

BACA: 15 Tahun Kahwin, Suhaimi Saad Sentiasa Angau Dengan Ina Naim

Bagaimanapun, Suhaimi mempunyai inisiatif sendiri untuk menyembuhkan anak-anaknya dengan memberikan segelas air yang dibacakan Al-Fatihah.

Baru-baru ini, perkongsian Suhaimi mendapat perhatian ramai apabila meluahkan rasa hormat kepada 779 guru di Johor yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.  Suhaimi turut mengatakan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mematuhi peraturan perlu menerima vaksin.