fbpx

Suhaila Dakwa Jimmy Shanley Tidak Ikhlas Jaga Anak

Jika beberapa hari lepas Jimmy Shanley mengadu yang bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy tidak membenarkan beliau untuk berjumpa anak mereka, hari ini lain pula cerita yang timbul.

Suhaila mendakwa yang Jimmy Shanley tidak ikhlas dalam menjaga anak tunggal mereka, Zahrah Rania kerana tidak pernah bertanya khabar menerusi telefon atau SMS sekali pun selama ini.

“Apabila saya maklumkan anak dimasukkan ke hospital pada 16 April lalu dia langsung tidak datang atau bertanya tentang kesihatan Zahrah. Tetapi sebaliknya dia boleh menghantar SMS marah marah”

Suhaila juga berkata yang beliau bukan berniat ingin mengingkari perintah mahkamah dengan sengaja mahupun memisahkan seorang anak dengan bapa kandungnya.

“Saya buat permohonan agar hak bermalam dengan Jimmy ditangguhkan hanya semata-mata kerana kesihatan dan kebajikan Zahrah. Perintah itu bukan dibuat secara kekal sebaliknya hanya sementara,” tambahnya.