fbpx

Sufian Suhaimi Tak Tahu Dikecam Ibu Elfira Loy

Mengharungi episod kedukaan dalam hidupnya selepas putus tunang, Sufian Suhaimi memilih untuk mengasingkan diri dari dunia media sosial sebentar. ‘Kehilangan’ Sufian juga menyebabkan beliau tidak mengetahui mengenai kenyataan-kenyataan pedas ibu Elfira Loy.

BACA: Ibu Masuk Campur, Lelaki Takut Dekati Elfira Loy?

“Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Keluarga dan rakan-rakan banyak memberikan saya kata-kata semangat. Dalam tempoh ini, keluarga saya banyak membantu. Oleh itu, saya memilih untuk memencilkan diri seketika”

“Saya tidak membuka media sosial langsung; Twitter, Instagram, Facebook, semuanya. Notifikasi entri-entri saya juga telah lama saya letakkan sebagai mute. Oh yeke? Saya tak tahu pun. Bagi pihak saya, saya tidak mahu lagi komen apa-apa dan berharap benda ni tamat”

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan ibu Elfira sebelum ini, beliau seolah menyalahkan Sufian di atas pertunangan yang terputus itu. Namun Sufian tidak cepat melatah, dan dengan masih ada rasa hormat, Sufian enggan memanjangkan lagi isu ini.

“Saya masih ada rasa hormat kepadanya (Filzah) sebagai orang yang lebih tua. Jadi kalau boleh, saya tak mahu ulas lagi benda ni,” katanya kepada portal My News Hub mengenai beberapa kenyataan yang dilemparkan ibu Elfira.

Terdahulu, ibu Elfira ada meluahkan rasa terkilannya terhadap Sufian mengenai wang hantaran yang tidak dapat dipenuhi beliau. Malah ibu Elfira juga ada mendakwa Sufian telah menipunya sekeluarga dan tidak lama selepas itu bapanya pula bersuara. (rtky/w)