Sufian Suhaimi Dah Mula Terfikir Cari Pasangan Hidup
Bergelar seorang selebriti, penyanyi Sufian Suhaimi akur apabila kisah peribadinya sering menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, tular di media sosial sekeping foto memaparkan dia makan bersama seorang wanita. Bagaimanapun, Sufian berkata dia hanya makan bersama rakan perempuan.
BACA: Sufian Suhaimi Akui Terasa Kawan-Kawan Dah Kahwin
Memetik mStar Online, Sufian berkata dia sudah mula terfikir mencari pasangan hidup apatah lagi usianya sudah mencecah 30 tahun.
“Kehidupan saya sama sahaja. Saya keluar dengan kawan perempuan dan kebetulan ada satu gambar dirakamkan menjadi viral. Itu asam garam dunia hiburan. Apa boleh buat, terpaksa hadap sahaja.
“Sekarang ini tidaklah terlalu untuk mencari pasangan. Namun ada juga terfikir-fikir memandang usia sudah masuk 30-an dan ramai kawan-kawan sudah berkahwin,” katanya.
Terdahulu, Sufian mengakui terasa apabila melihat ramai rakan seperjuangannya sudah pun mendirikan rumah tangga.
Sufian mendedahkan dia pernah menjalin hubungan dengan seseorang selama tiga tahun namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.
- SUMBER
- mStar Online
Aduuuuhhh… Lelaki paling hensem diMalaysia nak cari… I pun tgh cari… Jom kawin abam Mi