Melihatkan ramai rakan seperjuangannya sudah pun mendirikan rumah tangga, penyanyi Sufian Suhaimi mengaku terasa.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bagaimanapun, Sufian berkata dia tidak terdesak untuk berkahwin serta percaya dengan perancangan Allah tentang jodoh.
BACA: Sufian Suhaimi Akui Sedia Untuk Berkahwin
“Saya percaya Allah Maha Adil. Ada orang mungkin diberi rezeki jodoh awal, tetapi, saya mungkin sebaliknya. Namun, saya bersyukur Dia memberi rezeki dalam bentuk lain.
“Tipulah apabila tengok teman seperjuangan sudah berumah tangga, hati tidak terasa. Tetapi saya tidaklah terburu-buru ingin mencari teman hidup.
“Keluarga ada bertanya tetapi mereka tidak kisah. Keluarga juga tidak kisah dengan siapa saya ingin berkawan hingga pernah ingin menjodohkan saya dengan seorang ustazah,” katanya.
Dalam pada itu, Sufian mendedahkan dia pernah menjalin huubngan dengan seseorang selama tiga tahun namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.
“Tetapi hubungan kami berakhir penghujung tahun lalu. Dia hanyalah orang biasa, Saya tidak sorok hubungan kami, cuma tidak terlalu terbuka. Jadi, mungkin disebabkan itu, kisah percintaan kami tidak begitu diketahui ramai,” katanya.