Buku Puisi Sufian Suhaimi Bakal Jadi Rujukan Akademik
Mengikut jejak langkah Fattah Amin, Sufian Suhaimi pula bakal melancarkan buku puisi mengenai suka duka kisah hidupnya. Buku berjudul Senanduka Sufian Suhaimi itu mengandungi 70 buah puisi yang bakal dimuatkan.
BACA: Sufian Suhaimi Bercinta Dengan Gadis Instafamous 16 Tahun?
“Buku puisi ini mengisahkan kehidupan saya dan perspektif mengenai pelbagai peristiwa besar yang berlaku beberapa tahun lalu. Secara peribadi dan kerjaya, ia dilihat usaha yang seiring”
Menurut Sufian, lebih teruja lagi apabila buku yang bakal dilancarkan itu turut membabitkan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan bakal dijadikan rujukan akademik buat universiti terbabit.
“Selain itu, ada kisah sedih, gembira dan kecewa dan semuanya diterjemahkan dalam bentuk puisi. Sebab itulah buku puisi ini perlu dihasilkan dengan penuh teliti. Pihak UUM juga akan menguruskan soal penerbitan dan pengedaran”
“Setiap puisi dalam buku ini menggunakan judul lagu nyanyian saya termasuklah Terakhir 1 dan 2, Di Mata Mu 1, Harus Aku 2 dan Terasa Ada 3,” jelasnya mengenai pelancaran buku puisi itu.
Untuk makluman, Sufian menjadi artis lelaki muda kedua selepas Fattah Amin yang pernah melancarkan buku 99 Kata #QalifModen Fattah Amin yang turut dinobatkan Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017. (rtky/w)
- SUMBER
- Astro Gempak
Dah tahap seniman agong dia ni.
Dapat anugerah konon seorang sahaja dari Malaysia.
Hebat dia ni.
Pulak dah.. lepas lagu buku pulak. Besok DVD dan manual cara-cara nk buat bakal mertua benci… ops!
dah tau dah, hari jadi naik helikopter keliling klcc… k bye.
Lawak sgt ni … lagu hit baru satu buat buku bagai?
carilah kerja tetap pian oiii, x kerana kes ko putus tunang tu ko pun tahap penyanyi level karaoke. sedarlah sikit…
baik baca kisah kura2 dan sang ancil ada juga pengajaran!
P to the O to the Y to the O.