fbpx

Sufian Suhaimi Akui Pergi Kursus Kahwin

Mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Sufian Suhaimi mendedahkan dia sudah pun menghadiri kursus pra perkahwinan pada 15 Ogos lalu sebagai persediaan awal.

Meskipun belum mempunyai calon isteri, namun dia sentiasa berdoa agar dipertemukan jodoh, malah keluarganya juga sudah memberi lampu hijau untuk dia menamatkan zaman bujang.

BACA: Berbulan Tiada ‘Job’, Sufian Suhaimi Akui Pendapatan Terjejas

“Saya sentiasa bersedia untuk berkahwin, bila-bila masa sahaja. Meskipun sekarang saya akui agak selesa solo tetapi tidaklah sampai membuatkan saya tidak mahu kahwin. Rasa itu tetap ada cuma mungkin belum sampai jodoh.

“Sebagai persediaan, saya sudah pun menghadiri kursus pra-perkahwinan beberapa minggu lalu bersama dua orang rakan yang akan berkahwin tidak lama lagi,” katanya kepada Kosmo!

Sufian berkata dia melihat ramai rakan yang sudah mendirikan rumah tangga termasuk teman serumah ketika zaman belajar membuatkan dirinya tergerak untuk menghadiri kursus itu dalam masa sama dapat menambah ilmu.

“Rakan-rakan di sekeliling sudah ramai berkahwin, cuma saya yang belum. Meskipun diri sendiri sudah bersedia tetapi perkara yang belum cukup sekiranya seseorang mahu berkahwin adalah dengan menjalani kursus.

“Kursus itu pun sebenarnya bukan sekadar untuk kita hadir kerana mahu kahwin sahaja tetapi sebahagian daripada majlis ilmu.

“Daripada bosan duduk di rumah kerana PKPP tanpa berbuat apa-apa, waktu itu saya fikir lebih baik ikut kawan-kawan. Boleh juga menambah ilmu agama yang pernah belajar dulu,” jelasnya