fbpx

Sudah Rujuk Semula, Zarina Anjoulie & Suami Mahu Belajar Agama

Semalam, pelakon Zarina Anjoulie mengakui sudah pun rujuk semula dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas selepas hampir sebulan bercerai.

Tidak mahu berputus asa dalam perkahwinan yang dibina, Zarina berkata dia dan suami akan memperbaiki diri dan demi rumah tangga mereka.

BACA: Zarina Anjoulie Akui Sudah Rujuk Dengan Bekas Suami

“Ya, betul (rujuk)…kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata dia dan suami mahu belajar agama untuk menjadi insan lebih baik serta mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

“Selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sedang kami pun nak ke arah yang lebih baik.

“Terutama dari segi agama…nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta kuat, Insya Allah. Saya harap semua orang mendoakan,” katanya.

Zarina Anjoulie dan Yas berkahwin pada Julai 2020 namun telah bercerai pada Januari 2021 selepas enam bulan berumah tangga.