fbpx

Sudah Membuka Niqab, Ini Penjelasan Natasha Hudson

Baru saja mendirikan rumah tangga kali keempat pada awal Disember lalu, sejak kebelakangan ini kisah peribadi pelakon Natasha Hudson menjadi bualan ramai termasuklah hal perceraiannya.

Umum mengetahui, Natasha tampil berniqab atau berpurdah sejak tahun 2016, namun baru-baru ini beliau membuat keputusan untuk tidak lagi memakai niqab.

BACA: Tania Hudson Bengang Orang Ramai Sibuk Hal Rumah Tangga Natasha Hudson

Menerusi Instagram, Natasha memuat naik imej terbarunya serta menjelaskan beliau akan mengenakan niqab sekiranya ia menjadi satu kewajipan.

Sebelum ini terkenal sebagai seorang model dan pelakon, Natasha Hudson mengambil keputusan untuk berhijab pada April 2012 selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

Terdahulu, imej berniqab Natasha dipuji peminat dan kesungguhan pelakon itu untuk berubah menjadi inspirasi ramai.