Sudah Lama Simpan Niat, Doa Suami Elizad Untuk Bertudung Termakbul
Sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, penampilan pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad membulatkan hatinya untuk berhijrah ke arah lebih baik dengan mengenakan tudung.
Mengakui sudah lama menyimpan niat untuk bertudung, Elizad berkata dia mula mengenakan tudung selepas membuka satu bungkusan yang dibeli suaminya, Shamsul Baharin melalui atas talian.
BACA: Mula Bertudung, Siti Elizad Akui Belum Sempurna
“Saya dah lama pasang niat nak bertudung. Saya percaya semua wanita juga mahu berubah ke arah yang lebih baik cuma nak istiqamah ini yang menjadi ketakutan.
“Alhamdulillah empat hari mengenakan tudung, saya rasa sangat selesa walaupun cara pemakaian tudung saya tidak begitu sempurna.
“Sekurang saya cuba dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya memang dah lama nak pakai tudung tapi tiada kekuatan itu lagi. Lagipun bertudung ini wajib dan saya perlu pujuk dan paksa diri,” katanya.
Kata Elizad lagi, setiap kali solat jemaah, suaminya sentiasa mendoakan agar dia menjadi isteri yang baik serta menutup aurat dan doa suaminya untuk melihatnya bertudung termakbul.
“Setiap kali saya dan suami solat berjemaah, dia pasti selitkan doa supaya saya menjadi isteri yang sempurna, baik dan menutup aurat.
“Alhamdulillah selepas enam tahun dia menantikan detik ini, saya kini belajar mengenakan tudung perlahan-lahan,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Baguslah tak paksa diri bertudung. tapi kena ingat, ini bukan yg suami awak mahukan. suami awak nak awak tutup aurat, dan awak masih belum ye. menutup aurat takde pemakaian tudung sempurna atau tak, ianya mesti “tutup aurat”. harap awak faham. jika awak rasa tak bersedia mendgr ustazah2 netizen berleter, better awak diam je. tak perlu bgtau awak nak berubah baik atau apa. diam lebih baik dari cakap banyak…
lamanye dia doa …cian somi awak ….semoga lepas da bertudung ni dapat anak amin..
Ooo dulu declare penyakit telinga then sbb tu ko tak boleh pakai tudung tu… time kolej tu.. ko tipu ke sbnrnye..
Alhamdulillah..
Moga terus istiqomah dgn menutup aurat dgn lbh sempurna
sy minat dia ni berlakon tp cara dia bg statement ni mcm x boleh blah plak..umur awk pn bkn muda lg..cbe tgk cara hannah delisha mse dia mula2 berhijab..mcm org matang kot dia explain..