Mula Bertudung, Siti Elizad Akui Belum Sempurna
Sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, penampilan pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad menarik perhatian ramai apabila tampil bertudung.
Gambar tersebut dikongsikan oleh Elizad menerusi Insta Story miliknya memaparkan dirinya bertudung sejak empat hari lalu. Bagaimanapun, baru semalam Elizad memuat naik fotonya bertudung di Instagram.
BACA: Siti Elizad Terharu Raja Permaisuri Agong Telefon Beri Kata Semangat
Meskipun menutup ruangan komen posting foto tersebut, menerusi Insta Story, Elizad berkata dia menerima banyak komen kecaman yang menegur penampilannya yang menampakkan bahagian leher.
“Allahuakbar, elok je ustaz, ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik dan istiqomah. Yang beberapa netizen ni, ada je tak kena.
“Ya tahu, belum sempurna. Jadi mekasih di atas komen-komen yang serba serbi tak kena. Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain,” tulisnya.
Semalam, Betty Rahmad berkongsikan tentang penghijrahannya dan pelakon Izara Aishah dilihat memuat naik fotonya bertudung labuh serta sudah pun memadam fotonya tidak bertudung.
Cerita Rita Rudaini tak ada ke?
Ada… Rita rudaini baruuu jer terkentut pagi td
Ye lah, cerita Rita rudaini tolak vaksin aritu apa sambungannya?
Marah DG lagi ke?
Ritrud berubah hati nak amik vaksin plak ke skrg? Ye lah, sapa2 yg lngkp 2 dos dpt bnyk kelonggaran banding dgn yg tak vaksin. So, ritrud apa cita?
Alhamdullilah…satu…satu kearah kebaikan
Lawooo hakak sukee dekkk