Ramai yang tahu Maria Farida pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon yang kini sedang di’landa kontroversi, Shahz Jaszle dna ini komen pertama aktress ini berkaitan isu khalwat baru baru ini.

Bercakap kepada Malaysian Digest, Maria Farida mengakui sudah lama tidak mengikuti perkembangan Shahz Jaszle sejak mereka berpisah dan kisah tangkapan khalwat ini pun di’sampaikan oleh orang lain.

“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri”

“Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar,” tambah Maria Farida lagi.

Dalam masa yang sama Maria Farida turut melahirkan rasa simpati terhadap tunang Shahz Jaszle, Redzwani Puteri yang di’sifatkan sangat baik tetapi dapat lelaki buaya seperti aktor tersebut. Heh.