fbpx

Suara Dikutuk Sumbang, Nabila Razali Masuk Kelas Vokal

Meskipun bergelar penyanyi, namun suara Nabila Razali dalam lagu nyanyiannya sering dikritik netizen. Malah sebelum ini Nabila pernah dikecam teruk apabila suaranya dikatakan sumbang ketika menyampaikan lagu di satu konsert.

Mungkin tidak tahan dengan kritikan netizen, Nabila akhirnya telah mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyiannya. Mengakui kelemahan diri, dia mahu lakukan yang terbaik untuk peminatnya.

BACA: Nabila Razali Idam Lelaki Setia, Sentiasa Wangi

“Tak dinafikan saya ikuti kelas vokal kerana suara saya selalu dikritik netizen sebelum ini.

“Saya harus perbaiki kelemahan diri dan semestinya tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, bagi saya, kalau saya lakukan sesuatu untuk peminat, saya akan lakukan yang terbaik,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Nabila berkata latihan vokal yang diikutinya itu membuautkan dirinya semakin selesa dan melakukannya untuk kebaikan diri sendiri.

“Lama-kelamaan, saya rasa selesa mengikuti kelas vokal dan sekarang saya lakukannya lebih kepada mencari kebaikan untuk diri sendiri, bukan disebabkan kritikan orang ramai semata-mata,” katanya.

Untuk rekod, Nabila mula memasuki industri hiburan tanah air selepas menyertai program Akademi Fantasia 2013 (AF2013).