Suara Dikutuk Ke Laut, Suekhaizar Nak Jadi Macam Mira Filzah Pula
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi baru dikenali sebagai Suekhaizhar yang juga selebriti TikTok apabila lagu pertamanya berjudul Aku Budak Girl menjadi bualan ramai.
Lebih mengejutkan, lagu nyanyian gadis berusia 17 tahun yang mempunyai 1.3 juta pengikut di Tiktok itu meraih satu juta tontonan meskipun baru 4 hari dimuat naik di laman YouTube.
Bagaimanapun, ramai yang kurang senang serta mengecam suara gadis itu yang agak ke laut. Malah, di ruangan komen di YouTube dipenuhi dengan komen negatif.
Meskipun dikecam teruk oleh netizen, namun Suekhaizar berkata ia tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba nasib dalam industri muzik.
“Saya rasa sedih dan down sikit tapi cuma fikir positif sahaja. Memang betul apa yang mereka cakap tu, saya kena perbaiki vokal.
“Walaupun ramai yang mengecam saya di TikTok, tetapi saya rasa kelakar sebab ada yang sampai buat remix dengan lagu tu,” ujarnya kepada mStar.
Dalam pada itu, Suekhaizar juga turut menyimpan hasrat untuk menceburi bidang lakonan kerana dia meminati Mira Filzah dan mahu menjadi seperti pelakon dan pengacara itu.
“Berlakon dengan modeling tu memang minat saya. Saya sebenarnya minat dengan Mira Filzah, so nak jadi macam dia la nanti,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Anak saper ni? Tak cantik langsung
mukanya ada iras2 Mia Sara Nasuha.
@variant
Amboi3x mulut koooooo… Meh sedas cili. Aku nak upah kak ser kentutkan ko sbb hina makhlokNya.
Hmmm honestly x la x cantik cuma muka x komersial..muka mudah dilupakan atau senang kata xdak aura nk tgk byk kali..ada iras mia sara kiranya cute gak la..tp ada gak iras farah nabila auranya..mmgla berangan tu percuma tp agak2 la ikut kemampuan n kesesuaian..
Muka standard Nabila Razali, suara x penah dengo.
Penyanyi baru celebrity tiktok? Dulu ramai2 penyanyi from youtube.. x de penyanyi yg betul2 bagus mcm dr pertandingan bintang RTM ke.. mcmane Msia nak ade penyanyi yg bagus kalau mcm ni.. i dah dgr dia menyanyi bila anak suruh dgr hari tu.. nothing special.. sorry dik.. mmg kena masuk vocal class.. and mira filzah is ur idol ye.. ok la kot.. hehehehe.. kalau dah minat :-)
Tq Hua..akak nk sebut Nabila Razali tp tersebut Farah Nabila..nmpk x betapa xdak auranya smpai nama pun akak confuse..klau sebut Peluang Kedua akak ingat la..
Seyes suara kau tak sedap nak!! Acik baru jerk nengok nko dkat you tube!! Nko brgelek jer yg boleh!!!
K.. Bubaiiii