fbpx

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai konsert program Famili Duo apabila penyanyi Sissy Iman tidak dapat menahan air mata apabila menerima komen pedas daripada juri program tersebut iaitu Mas Idayu.

Susulan kontroversi itu, tular semula video memaparkan seorang peserta lelaki yang menghadiri ujibakat program Mentor pada 2014 berani mengkritik Mas Idayu.

BACA: “Itu Bukan Tahap Saya” – Mas Idayu Tak Takut Dicabar Masuk GV

@xtra_my

Replying to @Haffizz? Min percaya mummy MAS idayu nak kan yang terbaik utk setiap yang dia jurikan. Kita doakan yang baik-baik je gais?? #fyp #xtramy #masidayu #familiduotv3 #mentorlegend #sissyiman #komen #menangis #viral #beritaditiktok #sembangentertainment

? original sound – XTRA – XTRA

Berikutan tindakan berani pemuda itu, ramai yang ingin mencarinya dan akhirnya berjaya dikesan. Difahamkan, pemuda tersebut bernama Sofian dan dipercayai kini bekerja sebagai penjual kereta.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, pemuda itu ada memuat naik video ringkas bertanyakan ada yang mencari dirinya ke?

@sofian.utamamotors

ada yang cari ke haaaaa…..??

? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Difahamkan, video tular itu berlaku 8 tahun lalu dipercayai ketika itu Sofian berusia 22 tahun dan kini dia sudah pun berusia 31 tahun.

Diruangan komen perkongsiannya itu, rata-rata netizen teruja apabila dapat mengesan pemuda tersebut yang disifatkan individu yang berani membalas kritikan Mas Idayu.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan pemuda tersebut legend serta mengucapkan terima kasih kerana pernah ‘sound’ juri berkenaan satu ketika dahulu.