“Itu Bukan Tahap Saya” – Mas Idayu Tak Takut Dicabar Masuk GV
Susulan komen pedas diberikan terhadap persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel, juri tetap program Famili Duo iaitu Mas Idayu dikecam teruk oleh netizen.
Malah, ada netizen mencabarnya untuk menyertai program seperti Gegar Vaganza bagi membuktikan dia boleh menjayakan persembahan serta mampu menyampaikan pelbagai genre lagu.
BACA: Mas Idayu Minta Rakan Artis Jangan Masuk Campur Kerja Juri
Memetik mStar Online, Mas Idayu berkata dia tidak gentar untuk menyertai mana-mana pertandingan namun tahapnya lebih layak berada di kerusi juri kerana pengalamannya lebih 38 tahun dalam industri.
“Bukan takut… itu bukan tahap saya… minta maaf! Pertandingan bukan tempat saya dah, sekarang tahap saya menjuri. Saya aktif menjuri. Sudah 38 tahun saya dalam industri dan sejak 16 tahun lalu saya jadi juri, sekarang ini baru saya terima kecaman paling tinggi.
“Seorang penyanyi atau guru vokal belum tentu boleh komen, jangan kerana tak puas hati dengan komen suruh saya masuk pertandingan. Yang duduk di kerusi juri itu tidak semestinya boleh menyanyi, pengalaman dia yang orang kena ambil,” katanya.
Menurut Mas Idayu lagi, dia berpendapat bahawa seorang penyanyi tidak perlu menyertai sebarang pertandingan jika sudah berjaya mencipta nama.
“Mereka yang dah legend tak perlu suruh masuk pertandingan. Mereka yang dah ada nama, jangan jatuhkan maruah mereka untuk masuk pertandingan. Pertandingan hanya untuk mereka yang rasa diri mereka layak sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Mas Idayu berkata dia tidak peduli dengan kecaman dilemparkan oleh netizen serta tidak kisah jika ada peserta Famili Duo membencinya.
“Saya harap peserta Famili Duo bertahan dahulu sampai habis program ini. Kalau selepas ini dia orang nak benci saya pun terpulang.
“Yang bagi markah saya dan juga Ajai, bukan netizen ataupun sesiapa yang berkokok dekat luar itu. Apa pun saya harap caci maki yang saya terima ini membuatkan Sissy Imann dan Naim Daniel lebih bersemangat sebab banyak yang sokong mereka ini,” kongsinya
- SUMBER
- mStar Online
banyak la ko punya alasannn…
..dah, tak payah nak masuk apa apa, masuk tv pun tak payah..semak je ngan ko punye laser
Mulut kalah puaka, pihak astro patut terminate dia ni
Bercakap menongkat langit.
kasi hentam je die sampai die mental..hahha nyampah aku org gini..die hentam org takpe..org hentam die takleh.. muke pn cam hantu raya..
aku tak sanggup tgk sissy dimalukan. dia je ke tahu pasal maruah. maruah org camna. kalau tak suka pun persembahan tu slowdown voice dan bagi markah sikit dan tak perlu nak malukan mereka. mereka dah buat yang terbaik
elehhh byk la ko punya alasan….
dia tau kalo dia nyanyi semput napas tak cukup apatah lagi nak buat pergerakan atas pentas, masa dah berlalu sebab tu dia ngelak takut tersunkurv awal
maaf la acik tengok nitflex dgn iqiyu je so x tahu sangat nak ngomen
Tau tkpe marah betul org kutuk dia. . tapi baru dia rasa pedas nya
Jatuhkn maruah org lain bole
Tk peri kemanusiaan langsung.
Cakap takbur da legend tk perlu
bertanding.tkde pun kluar mana2 konsert ke pentas .Amelina lebih baik dia
Nyanyi relax naturally suara dangdut habis cantik.
mas idayu mulut ikut ape nk ckp bknnya kata2 membina mulut puaka raya ???