fbpx

Suami Upah Dua Bodyguard Jaga Nynaa Harizal

November tahun lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpali pelakon Nynaa Harizal apabila didakwa dilarikan bapanya.

Susulan insiden berkenaan, suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas kini lebih berhati-hati tentang keselamatan isterinya yang kini dikawal oleh dua pengawal peribadi.

BACA: Nynaa Harizal Terjah Pejabat Suami Nak Makan Lunch Bersama

“Kalau ada orang keluarkan pistol, saya terpaksa ada pengawal peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Nynaa berkata kontroversi rumah tangga berlaku sebelum ini disifatkan sebagai satu mimpi ngeri namun bersyukur semuanya berakhir dengan baik.

Nynaa juga mengakui masalah yang timbul seblum ini ada membabitkan keluarga. Namun, namun dia percaya hubungan keluarga pasti akan berbaik pada akhirnya.

“Apa yang terjadi bagaikan nightmare bagi saya. Sejak awal pembabitan dalam industri tak pernah ada kontroversi. Tak sangka perkara ini berlaku.

“Saya berkahwin dan ingin bahagia seperti orang lain. Betul ada masalah keluarga. Pada ia adalah sesuatu yang normal apabila timbul masalah, lama kelamaan ia akan berbaik juga,” katanya.

Sementara itu, Fahmi menyifatkan konflik yang berlaku adalah sesuatu yang sangat memalukan namun sebagai suami dia sanggup melakukan apa sahaja demi rumah tangga mereka.

“Kejadian yang berlaku sangat rumit kerana melibatkan banyak pihak. Kami menjalani hidup seperti biasa sekarang. Kami faham kerja masing-masing dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami isteri. Jika ada yang ingin berbuat perkara tidak baik dengan kami di masa akan datang, insaflah,” katanya.

Disember tahun lalu, kemelut rumah tangga suaminya sampai ke penghujungnya apabila pasangan itu mencapai persetujuan untuk berbaik.

Terdahaulu, Fahmi mendakwa bapa mentuanya turut mengugut serta mengacukan senjata api pada pengawal peribadi Nynaa serta memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dihalang mengambil anaknya.

Bagaimanapun, bapa Nyna, Harizal Hashim yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam.