fbpx

Nynaa Harizal Terjah Pejabat Suami Nak Makan Lunch Bersama

November tahun lalu nama pelakon Nynna Harizal hangat diperkatakan susulan kontroversi rumah tangganya. Bagaimanapun, Nynaa akhirnya kembali taat kepada suaminya, Fahmi Elias.

Menerusi Instagram, pasangan itu dilihat semakin bahagia dan tidak lokek berkongsikan momen mereka bersama di media sosial.

BACA: Lama Tak Pekena Nasi Kandar, Nynaa Harizal & Suami Naik Jet Peribadi Ke Penang

Terbaru, Fahmi berkongsikan di Insta Story tidak menyangka isterinya datang ke pejabatnya untuk sama-sama menikmati makan tengah hari, semalam.

Fahmi sempat mengusik isterinya dengan kapsyen mengatakan isterinya datang lewat dan makan tengah hari pada jam 2.55 petang.

Dalam pada itu, Fahmi turut bergurau dengan nasihat kepada golongan suami di luar sana supaya makan terlebih dahulu sekiranya sudah menetapkan temu janji untuk makan bersama isteri.

Terdahulu, Nynaa meluahkan rasa syukur doanya untuk kembali bersama suami dimakbulkan Allah. Kata Nynaa lagi dia terlalu menyayangi suaminya dan hanya ajal boleh memisahkan mereka.