fbpx

Suami Tak Wish Birthday Punca Eina Azman Menangis

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya menangis sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.

Bagaimanapun, segalanya terjawab rupanya Eina menangis apabila menyangka suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet lupa untuk mengucapkan ulang tahun kelahirannya.

BACA: Video Eina Azman Menangis Cetus Tanda Tanya

Menerusi satu video dikongsikan seorang penguna TikTok, kelihatan suami kepada pelakon itu memberikan kejutan buat Eina ketika pelancaran produk terbaru malam tadi.

@nanadbebe

Happy birthday datin eina azman . Congratulation for saka putih ! Korang suka judge orang sian datin #fyp #einaazman #birthdaygirl #sakaputih #nea #fyppppppppppppppppppppppp #viral #viralvideos #datopadukakaiser #datineinaazman

? original sound – Nanad – Nanad

Dapat dilihat suami Eina membawa jambangan bunga besar duit RM100 yang tidak dapat dipastikan jumlah sebenar.

Dalam video tersebut, Kaiser turut memohon maaf kerana tidak mengucapkan ulang tahun kelahiran kepada isterinya pada 13 Mac lalu kerana ingin membuat kejutan.

“Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja masa ulang tahunnya. Selama ini tidak pernah buat macam ini.

“Tapi bila dia menangis hari itu, saya hampir nak beritahu dah. Saya tak pernah lupa ulang tahun dia,” katanya.

Eina dilihat mengalirkan air mata kerana terkejut dengan kejutan berkenaan serta mengakui dia terlalu memikirkan mengenai perkara itu sehingga merasaakn dirinya tidak dihargai.

“Akhir-akhir ini banyak kes orang ketiga. Dia pula tak ucap ulang tahun dan buat tak tahu sahaja. Selalunya bila hari jadi saya, dia akan ada.

“Saya tak nak semua ini, saya nak dia ucap sahaja macam selalu. Orang kan selalu kata, bila suami dah tak ucap apa-apa dia dah lain,” katanya.

Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tanga bersama Kaiser pada 31 Ogos 2014. Pasangan itu dikurniakan sepasang kembar, Aubrey dan Karl.