Suami Tak Pernah Rasa Cemburu Abby Abadi Rapat Dengan Norman Hakim
Gara-gara memuat naik foto menyambut Hari Raya bersama baru-baru ini, ada yang menuduh pelakon Abby Abadi cuba mendakati bekas suaminya, Norman Hakim.
Bagaimanapun, memetik mStar Online, suami Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria menganggap hubungan isterinya dengan Norman tidak melampaui batas serta tidak pernah cemburu dengan keakraban mereka.
BACA: “Ramai Yang Komen Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Abby Abadi
“Kami yang berada dalam circle ini tahu apa yang berlaku. Jika ada gurauan antara Abby dan Norman, itu adalah perkara normal. Saya juga tidak pernah rasa cemburu.
“Orang yang memberi komen itu hanya mahukan perhatian. Saya dan Abby hanya tersenyum apabila membacanya,” katanya.
Dalam pada itu, Faizal yang lebih mesra disapa Jai itu berkata dia tidak ambil serius tentang komen negatif netizen kerana apa lebih penting untuk fokus pada masa depan anak-anak.
“Jika nak fikirkan masalah komen netizen ini secara serius, masalah tidak akan selesai. Jadi biarkanlah mereka nak bercakap. Bukan senang nak tutup mulut semua orang.
“Abby dan Norman sudah lama berpisah. Lebih baik sekarang ini kita semua beri fokus kepada masa depan anak-anak,” ujarnya.
Kata Jai lagi, dia turut menyokong hubungan baik isterinya bersama Norman kerana baginya hubungan yang tidak baik boleh memberi kesan negatif terhadap anak-anak.
“Saya tidak mahu Abby dan Norman bermasam muka disebabkan perceraian mereka kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak. Kalau boleh jangan ada sikap benci dalam diri anak-anak.
“Dalam rumah tangga kami memang tiada rahsia. Abby akan beritahu jika mahu keluar bersama Norman dan Memey. Saya tidak ada masalah kalau mereka meluangkan waktu bersama. Kami juga selalu pergi bercuti sama,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Kalau suami tidak cemburu, ini bukan `open-minded’. Tapi BACUL.
kenapa pula bacul? bukan abby pegang pegang tangan norman ke apa. kan husband dia kata, kalau keluar pun mesti akan ditemani memey. bukan diorang berdua.
bahaya. benda ada sejarah bersama. lain weh
Kalau diorang buat ok, kalau yg lain buat kecam macam gila babi, ini ke nama Islam? Penunggang agama dan lebai separuh masak pulak kenapa senyap sepi?
Mesti terbyg2 saat indah kan..
laki kena cuckold…
Aku rasa diorang swingers dowh. Happening gak ah!
Bkn x boleh. Tp lg baik elak la jd bff dgn ex husbnd or ex wife. Dulu prnh sebantal, jd x manis nak mesra2 bila dh berpisah. Apatah lg terlalu kerap.
Setakat berbaik utk jaga hubungan kuarga dan perasaan anak2 ok la berbanding dgn yg x reti jaga anak dan buat bodo bab bg nafkah anak etc…
Laki cam tkut abby aje…klau laki aku, aku trserampak ex boyfren zaman skolah pun cecepat ditarik tangan aku suh beredar..ni laki ikut aje..macam bodoh pun ada..laki yg xde sifat cemburu da tentu memboringkan..tgk je bini brgelak ketawa dgn bekas laki..dia dok tumpang trsengih hahaah