“Ramai Yang Komen Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Abby Abadi
Meskipun sudah berpisah namun pelakon Abby Abadi masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya pelakon berbadan sasa, Norman Hakim demi anak-anak mereka.
Malah, setiap tahun keluarganya bersama keluarga Norman dan Memey Suhaiza menyambut hari raya bersama-sama serta anak-anak mereka.
BACA: Keluarga Norman Hakim, Abby Abadi Dikompaun RM8,000
Baru-baru ini, Abby mencoretkan luahan mengenai keakrabannya bersama keluarga bekas suami yang menjadi persoalan di kalangan netizen.
“Sedikit cerita supaya tak ada yang iri dan berkata yang tidak-tidak ya. Dah 2022 dah ni, tolong ubah mentaliti. Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izikna raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih saya, Lillahi Taala.
“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis, kenapa mesti nak raya sesama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapda begitu kenapa begini.
“Banyak pulak persoalan ya? Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya prang berpanjangan ya?” tulisnya.
Abby turut menjelaskan sudah menjadi rutin mereka menyambut raya bersama dan kediaman mereka juga tidak jauh antara satu sama lain. Dalam pada itu Abby turut meluahkan rasa kesal apabila ada yang menuduhnya masih mahukan bekas suaminya itu.
“Tahun sebelum ni ada artis persoalkan kenapa mesti nak raya dengan ex, bla..bla…Halluuu, tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu?
“Bertahun-tahun dah macam ni. Memang kemana-mana pun plan sesama sebab anak-anak ramai. Apa yang jadi masalah sangat tu? Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman, aiyoooo! Dah 14 tahun berlalu sudahla tu.
“Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redhaNya, doakan kita dan kami semua dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke Syurga FirdausiNya,” tulisnya.
- SUMBER
- Media Hiburan
tabik kt abby. aku smpai skrg x leh accept memey walau dia buat kt abby, bkn buat kt aku. tp bkn laa aku yg pegi mengeji2 kt derang tu. aku kalau x suka, takat tu je laa.. tidak laa menyokong sebrg aktiviti seni atau apa2 produk yg dia endorse. nk menaip jd batu api bagai tu xde laa byk sgt masa terluang. kagum gila tgk abby boleh berlapang dada dgn perjalanan yg Allah atur utk dia. wpun ramai org puji memey/ct nurhalija/ijerin/miera liyana/dato nowa sbb boleh menerima keluarga ‘sana’ dgn baik, ttp pujian sepatutnya diberikan kpd org yg berlapang dada memaafkan mereka. jd home wrecker mudah. memaafkan home wrecker yg susah
Betul tu yebby.. aku pon x boleh blah org persoalkn ..
Dh cerai org slalu move on.
reply to tahniah..
‘nowa kawin laki orang kan… siap anak2 dia pi angkuttt’ takutt…
ya laki org. humble gila family madu nowa recycle baju yg pkai masa wedding ank dia awal thn hari tu. walau pun mereka org ada2 tp lebih memilih utk berserdehana. semoga fmly rose aliza sentiasa diberkati dan dilimpahkan kebaikan. bsr hati kamu menerima ujian tuhan
tapi kan xkan la si memey tuh tak teringin nak raya or bercuti tanpa family abby? mesti lah sekali sekala teringin jugek kan. yela, tgok mana2 ada family memey, mesti ada jugak family abby. yg si abby pon xde kesedaran ke nak leave them alone?
sbb tu ericka tu nk sangat biz.. takut kan pape jadi.. bagus la sediakan payong
dah2 la abby. jgn sampai org mengata.. now org dah mengata. move on je la. klw org ajak jalan sama tu, pandai2 la tolak dgn baik, klw ko ikhlas la. buat @Tahniah bahalol, ko takyah la nak campur pasal masalah rumahtangga org. klw ko dah kawin, jaga la laki ko dgn baik. sbb cara ko ni mmg ada potential nak kena tinggal ni. klw ko andartu, mmg patut la ko tak kawin2 sbb asyik2 nak salahkan lelaki je… BAHALOL
bodoh rupanya @Jantan ni… pegi quote ayat mana ada salahkan lelaki? semoga kata2 kau tu berbalik kpd kau sendiri. Aminnnnnn
X blh ke brbaik tanpa berkumpul camtu..kau jgn menyemak dlm family memey, memey pun jgn menyemak dlm family kau..asalkan dlm ht x simpan dendam, kalau jmpa senyum, tegur camtu x blh ke..tetap nk join family si memey tu setiap masa..xke org kata kau nk lg si norman tu..laki kau tu mengekor aje x tentu pasal huhu
Dlm hati masih suka..syg leteww…kalau x suka x lah nk join bersama sama kann
Patutnye jg kluarga sendiri je..sesuatu sgt..
bukan mudah nak maafkan home wrecker. tapi kalau dah ikhlas memaafkan, dah move on dan dah berdamai, apa salah jika mereka berbaik2. mungkin itu hikmah ujian mereka dulu. siapa kita nak judge hidup orang lain. doakan yang baik2 untuk orang, doa tu berbalik kepada kita. jaga hati masing2
aku rasa ko yg bahalol “jantan”. mesti pemahaman spm fail. tang mana “tahniah” salahkan lelaki..dia hanya memuji abby blh memaafkan perempuan yg ambik laki dia…ko nampak x isu dia kt situ..ko bygkan bini ko kene tgkap khalwat ko blh ke maafkan laki yg berkhalwat ngan bini ko tu sampai sakan berbaik..abby mmg penyabar dan sgt pemaaf..komen2 kt atas ni ckp mmg senang…move on konon.. hati x sakit mmg la senang ckp move on..kena btg hidung sendiri… hadap aa
Doa Masuk Tandas dari Hadith Sahih:
Allahumma innii aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith
Maksudnya:
Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina