fbpx

Suami Tak Izin Izreen Azminda Berlakon, Takut Keluarga Terabai

Selepas mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata pada 1 Julai tahun lalu hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Ude Wahid, jarang sekali kita melihat pelakon Izreen Azminda muncul di kaca televisyen.

Akui rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan, Izreen berkata dia terpaksa menolak banyak tawaran drama kerana memerlukan komitmen masa yang panjang dan suaminya juga tidak mengizinkan.

BACA: Muncul Di Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Izreen Azminda Dilanda Badai?

“Saya akui memang rindu nak jalani penggambaran. Dah lebih 11 tahun saya berlakon. Rindu nak kembali aktif macam dulu-dulu tapi memandangkan saya sudah ada keluarga jadi ia agak menyukarkan.

“Saya banyak juga terima tawaran drama episod yang panjang tapi buat masa sekarang memang tak dapat nak berikan komitmen sepenuhnya. Suami pun tak benarkan.

“Dia takut nanti tak ada orang boleh jaga anak-anak kami. Saya pun jenis tak percaya orang jaga anak,” katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, kelibatnya dan suami di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangga mereka. Namun, Izreen menjelaskan mereka kesana untuk membayar denda kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Izreen berkahwin dengan pemuzik, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 secara rahsia ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana Salleh.