Pelakon Sweet Qismina berkata suaminya iaitu Adam Lee sukakan imejnya berambut pendek dan dia juga berhasrat mahu mengekalkan potongan rambut berkenaan.
Memetik mStar Online, Sweet berkata imej rambut pendek tersebut seolah memberikan nafas baru buat dirinya malah dia rasa lebih yakin dan matang.
BACA: Sweet Qismina Teringin Timang Cahaya Mata, Guna AI Bayang Diri Hamil
“Sejujurnya saya nak kekalkan imej ini sampai bila-bila sebab nak nampakkan benda itu identiti kita. Kalau ikut keinginan memang saya suka sangat dengan rambut sekarang, syampu pun habis lambat.
“Suami sangat suka dengan rambut. Saya lagi yakin, dulu saya tak nak rambut pendek takut nampak terlalu lelaki, tomboi orang kata, tapi Sweet nampak lebih matang dan kadang-kadang kita kena ada fresh look,” katanya.
Bagaimanapun, Sweet berkata imej sekarang sukar untuk menyambung rambut palsu jika memerlukan watak berambut panjang.
“Tapi kalau rambut yang sekarang ini sukar untuk sambung rambut palsu sekiranya perlu nanti untuk berlakon. Jadi saya akan simpan rambut paras bahu sahaja,” katanya.
SUMBER: mStar Online