Amyra Rosli Tenang Hamil, Suami Sedia Pembantu Peribadi
Pertama kali menjalani pengambaran ketika hamil, Amyra Rosly bersyukur tidak mengalami sebarang alahan mahupun perkara tidak diingini. Malah kata Amyra, suami juga mengambil inisiatif menyediakan seorang pembantu peribadi buatnya.
BACA: Hamil Lapan Minggu, Amyra Rosli Mengidam Makanan Pelik
“Bagi saya selagi tak cuba kita tak rasa pengalaman pahit manis apabila menjalani penggambaran ketika hamil. Jika kehamilan pertama dulu saya berehat hampir setahun dan tidak menerima sebarang tawaran”
“Cabaran utama yang perlu saya hadapi cuma perlu mencari pakaian bersesuaian dengan keadaan diri. Semakin hari perut makin membesar dan saya perlu mencari baju yang menutup bahagian perut. Selebihnya semua berjalan baik”
“Kehadiran Amar juga menyenangkan kerana kali ini dia mendapatkan saya seorang pembantu peribadi. Amar akan risau jika saya penat atau tidak sedap badan. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak tertekan,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Amyra, kehadiran Amar Baharin juga sebagai pelakon utama dalam drama terbabit turut membantunya kerana beliau memantau dirinya agar sentiasa dalam keadaan yang baik ketika menjalani pengambaran. (rtyk/w)
- SUMBER
- Harian Metro
luckies girl in the world, apabila dia dikurniakan seorang suami yang caring tahap gaban. with the divorce news we are all getting this lately, we need to hear nice things like this once in a while
Ude wahid dan izreen pun romantik mcm ni..
Tapi takutlah ramai mcm ni masa mula2 lepas tu cerai juga… sebab mereka retis..
ewww itu pasangan sundal, 100% tidak sama hahahaha kalau dorg cerai pun they probably deserve it, membina kebahagian dari derita orang lain. hakpuii.. Amyra and husband are good people, saya doakan mereka sekeluarga sentiasa dilindungi Allah