Pelakon Sweet Qismina berkata dia tidak rasa bimbang sebaliknya meletakan kepercyaan sepenuh kepada suaminya iaitu Adam Lee terutama di lokasi penggambaran.
Memetik Kosmo, Sweet berkata dia mengenali sikap suaminya di lokasi penggambaran sebelum mereka berdua menjalinkan hubungan cinta.
BACA: Netizen Komen Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?
“Saya mengenali suami ketika kami masih belum bercinta lagi. Kami kenal pun di lokasi penggambaran. Saya mengenali suami ketika kami masih belum bercinta lagi. Kami kenal pun di lokasi penggambaran,” katanya.
Dalam pada itu, Sweet turut meluahkan rasa syukur suaminya seorang yang bersikap jujur serta akan berkongsian aktivitinya setiap hari.
“Apa-apa pun saya bersyukur kerana Adam seorang yang jujur. Setiap hari dia akan beritahu kegiatannya apa yang berlaku. Untungnya juga, manager kami adalah ibu saya sendiri. Jadi bila masing-masing buat hal, ibu saya akan tahu dahulu.
“Sebab itu saya percayakan suami dan tidak pernah terfikir dia akan buat perangai untuk ‘menggatal’ di set penggambaran,” katanya.
Sementara itu, Adam berkata dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga nama baik keluarga daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.