fbpx

Netizen Komen Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?

Baru-baru ini, pelakon Sweet Qismina dilihat ada memuat naik video bersama suaminya, Adam Lee membuat trend ‘langgar bahu jodoh’ di Instagram.

Menerusi video itu, turut diselitkan gambar dari pertunangan sehingga ke foto majlis perkahwinan mereka. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji aksi comel pasangan itu.

BACA: Netizen Puji Sweet Qismina Wajah Berjerawat Pun Tetap Cantik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

Namun, turut menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa nampak baby bump serta ada yang mengatakan Sweet kelihatan sedikit berisi.

Meskipun tiada pengesahan rasmi daripada tuan badan sendiri, namun ada yang mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.

Untuk rekod, Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.