“Suami Saya Ada Gelaran Datuk” – Fouziah Gous
Pelakon Datin Fouziah Gous berkata tiada keperluan untuk suaminya, Datuk Zhafran Yusof membuktikan dia memiliki gelaran Datuk.
Memetik Harian Metro, Fouziah berkata suaminya mempunyai segala dokumen dan watikah yang diterima dari Istana Pahang pada 2016, namun menghadiri pertabalan pada hujung 2017.
BACA: Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’ Suami, Eina Azman & Fouziah Gous Terus Membisu
“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
“Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah.
“Pastilah kena ada adab dan saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu tapi nama mereka tiada dalam sistem,” katanya.
Dalam pada itu, Fouziah turut meminta individu yang mempertikaikan gelaran datuk suaminya itu menyemak perkara itu dengan pihak bertanggungjawab.
“Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa ia boleh?
“Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas?
“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit. Ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Saya takut nak cakap lebih,” katanya.
Minggu lalu, hangat diperkatakan apabila pihak mendakwa gelaran ‘Datuk’ yang dimiliki oleh suami pelakon Datin Paduka Eina Azman dan Datin Fouziah Gous adalah palsu.
- SUMBER
- Harian Metro
Aku salahkan institusi raja2 sbb x jaga integrity gelaran tu. Sepatutnya sapa yg nk mohon gelaran tu perlu ada proses yg sngt ketat dan berwibawa. Malangnya yg merendahkan institusi dan integrity ini sendiri adalah kaum kerabat diraja sendiri yg terlibat dgn mcm2 isu termasuk benarkan tokey2 cina bukak ladang musang king di hutan simpan dan di negeri2 lain membenarkan kilang2 di bina di tanah pertanian hingga mencemar sungai dan alam sekitar! Kalau raja2 pun korup korg hrp apa pd org politik dan pekerja krjn????
Lepas ni Majlis Raja2 kena consider le letak Dato dalam kurungan, negeri mana bagi. contoh Dato (PHG), dato anugerah dari Pahang… Dato (MLK), dato anugerah dari Melaka… misalnya. so senanglah org nak tau, mangkok2 ni betul ke dapat dato dari negeri tersebut. kan senang staff istana nak check, betul ke malaun2 yg suka hati je pakai gelaran dato ni betul2 dapat dari negeri sekian2… ini tak, pakai dato je… dato mana? … sultan sulu bagi ke… ke sultan acheh bagi ke … pls la, dah banyak dato tak bertauliah ni…
Laki dia ni bisnes pe??? Anybody…
Mana ada letak datuk dlm ic, passport weyy??? Kalau mcm tu anak2 ko punya bin/ binti ada title datuk ke? Tp ko pegi overseas xde sapa pandang ko punya title datuk ni la! Ko mati nnt bubuh kt batu nisan ko laa datin ke datuk ke eh?!
Alah setakat datuk dri istana pahang apa kelas?! Skammer, perasuah pun pkai title tu laa!
Poyo jek nk mohon ic, passport guna title datuk?! Abis surat beranak anak ko pd bin/binti ada datuk ke?!
TERNYATA bertapa MURAH nya institusi raja yg membenarkan pangkat boleh dibeli timbang kilo!!
Contohnya menteri2 yg makan rasuah.. macam pejam mata sahaja asalkan elaun dibayar…
Biarlah..sapa2 nak guna gelaran apa2 pun..yg dok sebok tu kenapa?buanglah sifat perut hijau tu jauh2.. bukannya kita nk dapat mudarat pun..#jangancubatimbulkankekacauan
Dlm ic paspot mana ada gelaran?ke dia punye paspot ada bubuh pngkat etc??
IC & passport pun ada gelaran datuk…hebat! IC passport palsu ke?
eh bapak aku pun DATUK SERI tak de pun bubuh dalam IC, passport bagai? kenapa kau ni? ada pun kad yang mention dapat title tu ja.. hhaha kena goreng lah tu dengan agent datok pelesuuu. PUI
owh dr pahang ke…patut la huhu
pahang senang sgt bagi pangkat dato. sebut dari pahang, orang tak pandang pun..
Dalam passport boleh. Tapi bukan lah kat Bahagian depan2 tu. page belakang sekali ada mcm note in English tulis pemegang passport ini dato’ tan sri datuk seri bla bla bla
kalau dari Pahang, ejaan pangkat yang diterima tu “Dato’ ” bukannya Datuk. tu ja habaqqqqq
Ooo dato pahang ….?
Kau ni dah kena scam kat laki sendiri. Dah la dulu mengaku pilot padahal tak lulus pun jadi pilot kan? Entah sayap sapa la dia bedal masa ambik gambar prewedding dulu