fbpx

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila pihak mendakwa gelaran ‘Datuk’ yang dimiliki oleh suami pelakon Datin Paduka Eina Azman dan Datin Fouziah Gous adalah palsu.

Individu itu mendakwa hasil semakan di portal rasmi Darjah Kebesaran iaitu Istiadat mendapati nama Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah (suami Eina Azman) dan Datuk Zhafran Md Yusof (suami Fouziah Gous) tiada.

BACA: Gelaran Datuk Suami Eina Azman & Fouziah Gous Pula Didakwa Palsu?

Bagaimanapun, sehingga kini kedua pelakon wanita itu iaitu Fouziah dan Eina terus berdiam diri untuk menjawawab dakwaan  berhubung isu tersebut.

Memetik Harian Metro, usaha mereka untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua selebriti gagal apabila mesej dan panggila telefon tidak dibalas serta dijawab.

Hasil tinjauan mendapati, menerusi Insta story Fouziah Gous  mengatakan dia kini berada di Johor bersama suami dan anak-anak bagi mengikuti festival perniagaan untuk minuman kesihatan sarang burung walet yang diusahakannya, FG Walet.

Manakala, Eina dilihat berkongsikan beberapa juadah makanan, termasuk menikmati keenakan durian Musang King.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu pembelian gelaran Datuk palsu termasuk suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Difahamkan, ia berikutan ada individu membuat semakan dan mendakwa nama suami Heliza tiada dalam senarai sistem istiadat rasmi.