Puteri Aishah Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan
Tahniah diucapkan kepada pelakon Puteri Aishah yang selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, ahli perniagaan Muhammad Firdaus, di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur, 11.15 pagi tadi.
Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Mohd. Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapanya, Sulaiman Abd. Rahman.
BACA: Puteri Aishah Tayang Muka Bakal Suami
Pada majlis tersebut, Puteri Aishah menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki, pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Meluahkan rasa syukur majlis akad nikah dipermudahkan, Puteri Aishah berharap ikatan perkahwinan dibina kekal hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.
“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.
Mengakui suaminya memiliki setiap ciri lelaki idamannya, Puteri Aishah berkata Firdaus seorang yang mengutamakan keluarga serta menyokongnya untuk terus berlakon.
“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.
“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi ‘lampu hijau’ bahawa saya boleh teruskan kerjaya ini (lakonan) selama mungkin yang saya mahu,” katanya.
Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di lokasi yang sama malam ini.
- SUMBER
- Kosmo!
Sana sini artis kawin tanpa havoc2 di awalnya.
Tp ada senrose thingy and another yg senyum terkepit2 tu (bf london dressing ke laut tu). Takkkkk….kawin2
Jodoh lambat ke cpt xpe, janji jgn gebang2 di awal hubungan
mana la si retis yg makan nasi kandar dalam kereta tu? bila nak kahwinnya? hahahhahahha pumpang pumpang je lebih. last2 tarak !
Patut buat Tema adudu Dan hijau sesuai gan muka hodoh persegi mcm kotak korang 2 ekor ni haha
Selamat pengantin baruuu…
walaupn dia seksi tp bgus x heboh2 pn
It is a blessing readers of this blog are not inclined to read blogs written in english. Had they read these blogs their comments would certaintly be more vile and lucid. Like the politician Awang ‘ could-not-remember-fathers-name’ insisting malaysiakini journalist ” awak org mesia boleh tak awak bercakap dlm bahasa melayu”. Perhaps it is a blessing in disguise for rotikaya readers to shun from reading english-social media blogger columns. Good luck to her.