Suami Rayu Syura Untuk Rujuk Kembali
Terpulang bagaimana pun anda melihatnya, semalam seakan hari sedih untuk dunia selebriti bila berderet kes penceraian melibatkan para selebriti tempatan dibicarakan di mahkamah. Salah satu adalah pasangan Syura dan suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin.
Pasangan ini mengesahkan yang mereka sudah sah bercerai pada September lalu namun Mohd Fadhly berharap yang Syura akan menerima dirinya semula dan memulakan kehidupan baru suami isteri membesarkan tiga orang anak mereka.
BACA: Syura Nafi Sudah Bercerai, Masih Dalam Perbincangan Dengan Suami
“Saya masih sayangkan dia dan ingin selamatkan rumah tangga kami. Saya memikirkan anak-anak kerana perceraian ini mula beri kesan pada mereka,” ujar Fadhly kepada Harian Metro.
Mohd Fadhly hadir ke Mahkamah Rendah Syariah KL semalam untuk mendapatkan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat terhadap Syura pada 10 November lalu secara lisan. Bagaimanapun kes itu ditangguhkan selepas Syura gagal menghadirkan diri.
“Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku, saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu. Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendirian untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk menangi kembali hati dia,” tambahnya.
Semoga harapan Mohd Fadhly untuk kembali bersama Syura bakal termakbul. Maklumlah sudah lama bersama susah senang ‘kan? Sama sama kita doakan. (rtky/m)
Semuga pasangan ini dpt rujuk semula demi anak-anak mereka.Tiada rumahtangga yg tidak dilanda gelora. Kesian pada nak-anak. Sedih sejak kebelakangan ini ramai sgt artis-artis kita yg bercerai berai.
Ya Allah satukanlah kembali pasangan ini dan semoga kehidupan mereka diberkati dan bahagia hingga ke syurga…kesian kt anak3 bila ibu bapa berpisah. Fikirkn emosi dan masa depan mereka
semoga Syura terbuka hati nak terima semula suami. kesian anak2 masih kecil.
tu lah lelaki, don’t take women for granted. perempuan ni walaupun kaum yg sensitif tapi kuat. kalau dah sampai bercerai ni mesti dia dah tak tahan sgt dgn karenah suami. suami pun jgn lah berlagak sgt walaupun korang tu punya kuasa dlm rumah tangga.
senangkan lah hati isteri sebab isteri yg bertarung nyawa melahirkan anak2, bersusah payah membesarkan anak2, berlelah menguruskan suami & anak2. isteri pun jgnlah terlalu sensitif. yg penting sama2 tolak ansur.
Bersabarlaa wahai kaum hawa ingat masa depan anak2
Yang bukan retis pun bercerai berai
kami pembaca hanya boleh doakan yang terbaik sahaja :-)