fbpx

Syura Nafi Bakal Cerai, Masih Dalam Perbincangan

Tidak pula kami dengar tentang khabar angin yang Syura bakal bercerai namun itulah yang telah dilaporkan Harian Metro baru baru ini dan ianya pantas dinafikan juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 dalam satu kenyataan dalam laporan sama.

“Perkara (bakal bercerai) itu masih dalam perbincangan antara saya, suami dan keluarga. Setakat ini, belum ada apa-apa kata putus. Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung”

“Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami. Tak ada apa-apa berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja”

“Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita. Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan sebab orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga,” ujarnya.

Betul kata Syura, hanya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumahtangga mereka & kita doakan semuanya akan baik baik sahaja ‘kan? (rtky/m)