fbpx

Suami Puji Lakonan Ummi Nazeera, Patut Menang Anugerah

Semalam drama Risik Pada Hati sudah pun melabuhkan tirainya. Apa yang pasti, ramai penonton terkesan dengan babak akhir episod tersebut.

Pada episod akhir itu, ramai tidak dapat menahan air mata apabila watak Adam yang dilakonkan oleh Alif Satar melafazkan cerai pada isteri pertamanya, Hayla lakonan Ummi Nazeera.

BACA: Ummi Nazeera Selamat Lahirkan Anak Kedua, Demam Panas Ketika Bersalin

Ramai yang memuji lakonan para pelakon terutama sekali Ummi Nazeera dimana lakonannya yang penuh emosi serta menjiwai watak Hafya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Malah, suami kepada Ummi iaitu Dr. Izzar Anwari turut memuji lakonan isterinya itu. Menerusi satu entri, Dr Izzar sempat berseloroh mengenai lakonan isterinya itu.

“Padan muka ko Adam. Walaupun ko tak faham apa Hayfa rasa, at least ko merasa apa yang aku selalu dok kena,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr Izzar menyifatkan video yang dikongsikannya itu adalah babak terbaik yang dilakonkan isterinya serta menyifatkan Ummi wajar menang anugerah.

“Top notch acting by @umminazeera. Terbaik scene ni. Patut menang award. Memang dok repeat scene ni supaya Hayfa marah Adam banyak2 kali,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian suami Ummi serta memuji pelakon itu sememangnya hebat dalam lakonan.