Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Wanna Ali berkata dia masih lagi dalam fasa membiasakan diri dalam menjalani kehidupan sebagai isteri.
Memetik Media Hiburan, Wanna berkata keutamaannya kini adalah pada suami, Khairul Amri Tan Sri Khalid dan memberi tumpuan pada keluarga.
BACA: Wanna Ali Bakal Menantu Bekas Ketua Polis Negara
“Kini, kesedaran saya sebagai seorang isteri semakin tinggi. Saya sentiasa mengutamakan suami. Perkara seperti ini agak mengambil masa untuk saya biasakan diri. Sebelum ini, ikut suka hati saya sahaja nak keluar ke mana pun.
“Ketika tinggal bersama ibu, waktu pulang saya adalah pukul 12 malam. Selepas berkahwin, saya perlu berada di rumah sebelum Magrib. Ada suami yang menunggu saya di rumah,” katanya.
Sementara itu, Wanna berkongsikan dia kini kerap memasak dan menu kesukaan suaminya adalah cekodok pisang. Malah, Wanna berkata sebagai isteri sudah pasti gembira apabila suami memuji masakannya.
“Saya sudah pro buat cekodok pisang. Selama seminggu ini, itu sahaja yang dia minta saya buat.
“Saya rasa memasak ini merupakan satu cara untuk mengeratkan rumah tangga. Suami saya pula seorang yang suka makan. Bila saya masak sesuatu dan dia puji, kita rasa puas hati,” katanya.
Untuk rekod, Wanna mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 Februari lalu.
SUMBER: Media Hiburan