fbpx

Suami Orang Ajak Janna Nick Kahwin, Minta Berpurdah Masa Dating

Bukan mudah bergelar selebriti adakalanya mereka terpaksa melayan kerenah peminat yang bermacam ragam. Malah sudah menjadi kebiasaan apabila ada peminat meluahkan isi hati mahu menjadi pasangan hidup.

Baru-baru ini, Janna Nick turut berdepan situasi tersebut namun tindakan peminatnya ini agak berani apabila menerima kiriman mesej daripada seorang lelaki berstatus suami orang yang mahu menjadikan Janna sebagai isterinya.

BACA: Janna Nick Minta Maaf Gelar Elly Mazlein Janda

Menerusi mesej yang dimuat naik oleh Janna di Insta Story, lelaki itu turut menetapkan syarat jika Janna berkahwin dengannya iaitu pelakon itu tidak boleh bercakap dengan mana-mana lelaki selain dirinya.

“Dah lama saya impikan nak genggam jari jemari awak yang gempal tu, lalu saya akan bawa awak menuju ke cahaya kebahagiaan insya-Allah.

“Tapi kan kalau awak nak kahwin dengan saya ada syaratnya. Salah satunya awak tak boleh bercakap dengan mana-mana lelaki selain saya, dini sekalipun! Syarat yang lain tu saya akan bagitau lepas kita kahwin. Faham?” tulisnya.

Bagaimanapun, selepas mesej tersebut didedahkan kepada umum, lelaki berkenaan merayu supaya mesej perbualan itu dipadamkan.

Sementara itu, Janna sempat menitipkan pesanan kepada kaum lelaki yang sudah berkahwin di luar sana bahawa tindakannya itu bukan berniat untuk mengaibkan tetapi peringatan supaya mereka lebih menjaga hati isteri.