fbpx

“Suami, Mak Mentua Tak Pernah Kisah I Pandai Siang Ikan Ke Tak”

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai video pengacara sebuah program tidak tahu menyiang ikan sehingga dikecam netizen.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang mendedahkan suami dan juga ibu mentuanya tidak kisah sama ada dia pandai menyiang ikan atau tidak.

BACA: “Kalau Pandai Siang Ikan Tapi Malas Masak Pun Tak Guna”

 

“Sejak kes siang ikan viral, saya nak cakap lah sikit. Mak mentua dan suami saya juga paling ‘chill’.

“Tak pernah kisah saya pandai siang ikan ke tak. Sebab masa beli ikan dekat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di aplikasi X itu, Uyaina turut berharap kaum lelaki tidak mempertikaikan mengenai perkara itu kerana ada saja lelaki yang tidak pandai menukar tayar kereta.

“Tapi relaks lah kaum lelaki. Dalam kalangan kaum lelaki pun ada je yang tak reti tukar tayar kereta. Jadi reti siang ikan ke tak belakang cerita. Yang penting sambal lado siap,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uyaina turut menjelaskan mengenai program berkenaan dimana ada cabaran diberikan kepada pengacara oleh pihak produksi tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.